Printer tidak berfungsi? Mungkin cara ini dapat membantu

Iklan
ezgif-6-882ef1dc6f83

Kebanyakan masa, masalah pencetak atau biasa dipanggil printer dapat diatasi dengan mengikuti beberapa langkah yang sangat mudah, seperti memeriksa sambungan kabel dan menyemak semula driver printer tersebut.

Iklan
Iklan

Tetapi jika semuanya gagal, anda juga boleh menggunakan Windows Troubleshooter untuk cuba menyelesaikan masalah biasa yang dihadapi printer di Windows 10.

Iklan

Jika printer tidak berfungsi kerana masalah setting, bolehlah mengikuti langkah-langkah di bawah:

Iklan

Periksa sambungan kabel atau sambungan wireless.

Perkara ini memang nampak macam terlalu asas, tapi sebenarnya ini adalah masalah yang paling kerap berlaku apabila komputer tidak dapat mengesan printer.

Untuk printer jenis wayar, masalah ini terjadi apabila kabel yang tidak dipasang dengan betul. Kebanyakan printer pada masa kini menggunakan port sambungan USB, jadi periksa semula dan pastikan kabel yang menyambungkan kedua-dua peranti ini terhubung dengan sempurna.

[caption id="attachment_23842" width="600"] sambungan wayar ke printer[/caption]

Manakala bagi printer wireless pula, seperti kebanyakan peranti wireless yang lain, anda perlu memastikan komputer dan printer anda berada dalam satu network yang sama.

Untuk memastikan perkara ini, anda boleh merujuk kembali manual yang disertakan bersama di dalam dokumen ketika membeli printer baru untuk melihat cara setting network.

Driver bagi printer tersebut mungkin tiada

Microsoft sebenarnya mempunyai katalog driver printer yang sudah tersedia untuk dimuat turun dan dipasang secara automatik ketika printer disambungkan.

Jadi selalunya pengguna tidak perlu bersusah payah untuk install driver untuk printer mereka, kerana Windows akan melakukan perkara ini terlebih dahulu.

Namun, jika anda menggunakan printer yang baru dikeluarkan atau jenis yang jarang digunakan oleh orang ramai, driver untuk printer tersebut mungkin tidak tersedia di dalam database microsoft, ini membuatkan komputer anda tidak menjumpai sebarang driver dan membuatkan anda tidak dapat menggunakan printer tersebut.

Perkara yang boleh anda lakukan adalah dengan menggunakan windows untuk mencari driver berkaitan secara online.

  • Anda hanya perlu right-click pada butang Start Windows dan klik Settings.
  • Dari situ, klik Devices > Printers & Scanners.
  • Di bahagian atas, klik Add a printer or scanner.

  • Kemudian tunggu sebentar agar komputer dapat mengesan printer. Jika dikesan, printer akan keluar di dalam senarai cari.Jika tidak menjumpai model printer anda, tekan The printer that I want isn’t listed.

  • Di tetingkap Add Printer, pilih pilihan yang sesuai untuk printer anda. Jika ia sebuah printer wireless, pilih Add a Bluetooth, wireless or network discoverable printer dan tekan Next untuk meneruskan proses ini.
  • Pilih My printer is a little older jika printer anda adalah jenis lama (jika printer anda menggunakan sambungan selain port USB).

  • Ikut sahaja arahan yang diberikan di skrin untuk memulakan proses pemasangan. Selain itu, anda juga boleh menggunakan Windows Device Manager untuk mencari dan mengemas kini driver anda.
  • Anda hanya perlu right-click butang Start Windows dan pilih Device Manager.

    Di dalam Device Manager, cari kategori Printers. Jika anda tidak menjumpai printer anda, jangan risau tekan View > Show hidden devices atau tekan sahaja Look for other devices.

Set As Default Printer

Jika anda ada beberapa printer yang telah dipasang di komputer, anda mungkin akan menghadapi kesukaran ketika mencetak, kerana printer yang digunakan adalah jenama A, tetapi komputer menyangka anda sedang menggunakan printer jenama B (printer lama).

Perkara ini dapat diselesaikan dengan hanya menukarkan default printer.

  • Untuk menjadikan printer A (printer yang sedang anda gunakan) sebagai default printer, right-click butang Start Windows dan klik Settings.
  • Di dalam Settings, klik Devices > Printers & Scanners. Kemudian nyahtik Allow Windows to manage my default printer.
  • Selepas setting ini telah di nyahaktif, klik printer hendak digunakan dan pilih Manage.

  • Di dalam setting Printer Management, klik Set as default untuk memilih printer A (yang sedang anda gunakan).

Jika konfigurasi printer anda tepat, printer anda kini telah boleh digunakan.

Windows 10 Troubleshooter

Jika printer masih tidak boleh digunakan, anda juga boleh menjalankan Windows 10 Troubleshooter.

Windows 10 Troubleshooter akan memeriksa konfigurasi printer anda dan memberikan melalui beberapa langkah tambahan yang akan membolehkan printer anda beroperasi.

  • Untuk membuka Windows 10 Troubleshooter, Anda hanya perlu right-click butang Start Windows.
  • Klik Settings > Update & Security > Troubleshoot.
  • Di tab Troubleshoot, klik Printer.
  • Klik Run the troubleshooter untuk mula.

  • Kemudian, anda perlu memilih printer anda dari senarai yang disediakan. Pilih printer yang berkaitan, atau My printer is not listed, kemudian klik Next untuk meneruskan.

Windows kemudian akan mula mencari konfigurasi printer anda dan semua settings yang berkaitan untuk mencari jika ada sebarang konflik. Sekiranya ada masalah yang dijumpai, Windows akan meminta izin anda untuk memulakan proses pembaikan supaya pencetak anda dapat berfungsi.

 

Sekiranya anda masih menghadapi masalah ketika menggunakan printer, cuba uninstall dan install semula driver printer tersebut, jika masih tidak berjaya juga, anda boleh menghubungi pasukan khidmat pelanggan pengeluar printer anda.

Sumber: online-tech-tips.com

*artikel ini turut menggunakan bahasa Inggeris yang telah sinonim dengan komputer agar lebih mudah difahami.