PdPR: Ke manakah hala tuju pembentukan nilai pelajar sekarang? Dr Mohd Syaubari beri pandangan ini
Iklan
Pandemik Covid 19 telah menjejaskan ekonomi negara, mengganggu kehidupan seharian dan telah mengubah dunia pendidikan dengan begitu ketara.Menerusi tempoh jangka masa yang singkat, para pendidik di pelbagai peringkat perlu mengubah mod pembelajaran dan mempelajari penggunaan platform dalam talian untuk mengoptimumkan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Pengumuman Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin secara berkala mengenai pengoperasian sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) semasa era penularan Covid-19 adalah bersumberkan kepada realiti semasa.Untuk itu, pihak KPM menerusi perancangan rapi mengambil kira pelbagai kemungkinan yang berlaku berasaskan keadaan dunia berhadapan dengan suasana tidak menentu disebabkan penangan pandemik Covid-19 ini.[caption id="attachment_23958" width="600"] Gambar hiasan daripada Pexels.[/caption]KPM telah menyediakan pelbagai pendekatan atau kaedah pengoperasian institusi pendidikan berasaskan keadaan yang mungkin berlaku, dengan mempertimbangkan risiko serta langkah penyelesaian terlebih dahulu.Namun dengan berbagai pendekatan untuk memastikan sama ada dari aspek teknologi, penjajaran kurikulum, amalan pedagogi dan pentaksiran bilik darjah membantu kepada proses PdPR dilaksanakan secara berkesan, isu pembentukan nilai menjadi suatu yang tidak boleh diabaikan.Persoalan sejauh manakah PdPR ini membantu kepada pembentukan nilai pelajar adalah perlu dianalisis secara holistik.Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, isu berkaitan nilai sentiasa menjadi sebutan dalam kalangan masyarakat. Tidak guna bagi kita mempunyai infrastruktur bertaraf kelas pertama tetapi rakyatnya masih mempunyai mentaliti kelas ketiga, ini dibuktikan dengan beberapa sindrom negatif seperti gagal mematuhi peraturan, tabiat membuang sampah di merata tempat, memandu kurang sopan, kurangnya kesedaran sivik terhadap harta benda awam dan kekasaran terhadap pelanggan.[caption id="attachment_23959" width="600"] Gambar hiasan daripada Pexels.[/caption]Negara kita perlu memiliki rakyat berbudi bahasa, bertanggungjawab, hormat-menghormati, beramanah, jujur dan berintegriti kerana sistem nilai murni itu menjadi kayu pengukur sebenar sebuah negara maju.Pembangunan dilaksanakan dengan begitu pesat dan maju tidak bermakna tanpa sistem nilai sewajarnya.Untuk itu, terlaksananya PdPR ini, tugas ibu bapa menjadi sepenuhnya dalam memastikan aspek nilai dibentuk dan dihayati oleh pelajar.Jika sebelum ini guru adalah antara individu terlibat secara bersama dengan ibu bapa dalam proses penyemaian nilai namun dengan kekangan yang wujud, aspek tanggunjawab ini telah beralih arah.Ibu bapa perlu sentiasa prihatin dan mengawasi anak mereka, pada masa sama, mempertingkatkan komitmen bagi membina sebuah keluarga yang harmoni, memupuk nilai positif supaya anak masing-masing menjadi warga negara yang produktif dan sihat dari segala segi sama ada mental dan fizikal.