Dapat hilangkan stres, jana pendapatan

Iklan
photo1627285859
"Melukis boleh menghilangkan stres bagi seorang pelukis malah ia mampu menjana pendapatan sekiranya bijak merebut peluang," kata Presiden Grup Facebook Kami Pelukis Komik dan Grup Kami Pelukis Komik Junior, Nik Mohd Hasmazi Hassan, 50."Pelukis komik lama, mempunyai fokus masing-masing. Jalan cerita yang dilakarkan juga lebih terarah kepada kisah sejarah negara, pendekar dan sebagainya."Tapi sekarang, komik seolah-olah sudah bersifat terbuka. Tidak ada fokus dan sebahagian besarnya banyak pengaruh budaya luar yang mereka masukkan dalam komik tempatan," jelasnya."Terlalu banyak hingga tak terkira. Cuma tinggal lagi untuk kita cari idea dan berfikir jalan cerita yang mahu dihasilkan."Di Grup Facebook Kami Pelukis Komik dan Kami Pelukis Komik Junior memang membantu pelukis muda untuk lakar lukisan atau karya komik. Banyak benda yang kami bantu hingga mereka benar-benar mampu menjadi seorang pelukis yang berjaya," sambungnya yang juga merupakan salah seorang pelukis Komik Echozine tempatan yang terkenal.Tuturnya lagi, pelukis komik muda kena berubah demi industri komik di negara kita."Mohon sangat supaya generasi muda ini dapat hasilkan komik berjiwa nusantara. Ketengahkan adat dan budaya serta tokoh yang kita ada kepada masyarakat luar. Saya yakin, komik tempatan dapat diterima dengan meluas nanti," ujarnya.