Bakat melukis komik murid Tahun Enam ini buat ramai kagum!

Iklan
WhatsApp Image 2021-07-28 at 12.20.56 PM

Sejak kecil lagi, murid Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat, Kuala Lumpur, Nur Aisy Aleesya Mohd Aswadi, 12, minat melukis komik.

Iklan
Iklan

Pantang mempunyai masa terluang, dia akan melakar beberapa watak seperti Serra dan Emma menggunakan pensel elektronik pada telefon pintarnya.

Iklan

Iklan

"Dulu, setiap hari saya melukis. Tapi sekarang, hanya hujung minggu sahaja sebab hari biasa, sibuk belajar. Malam pun, ada kelas tuisyen online.

"Keluarga sentiasa memberi sokongan untuk saya kembangkan bakat dalam dunia lukisan.

Mengakhiri temu bual, Nur Aisy Aleesya berharap agar dia dapat menjadi seperti kartunis Kampung Boy, Datuk Lat, yang berjaya dan terkenal seluruh dunia.

INFO

Antara pelukis komik atau kartunis tempatan yang terkenal

  • Datuk Lat
  • Zunar
  • Jaafar Taib
  • Allahyarham Rejabhad
  • Zainal Buang Hussein
  • Rossem
  • Don
  • Allahyarham Zoy
  • Imuda
  • Gayour

10 komik tempatan paling terkenal

  • Gila-Gila
  • Gelihati
  • The Kampung Boy
  • Ujang
  • Anak Anak Sidek
  • Rileks!
  • Gempak
  • Apo?
  • Utopia
  • Lawak Kampus