Gilap potensi atlet murid, misi Sekolah Sukan Malaysia

Iklan
en zul3
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mewujudkan Sekolah Sukan Malaysia (SSM) dengan matlamat potensi dan bakat atlet murid dalam bidang sukan dapat digilap seiring dengan kecemerlangan dalam bidang akademik di bawah bimbingan jurulatih yang berkepakaran serta guru-guru akademik yang berdedikasi.Atlet murid yang ditempatkan di SSM merupakan atlet murid yang terpilih dari seluruh negara dengan potensi dan prestasi terbaik dalam bidang sukan yang diceburi.Matlamat penubuhan SSM ini dikongsi oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Sektor Pengurusan Sekolah dan Kemenjadian Murid, Zulkifli Nordin."Atlet murid yang terpilih untuk belajar di SSM akan mengikuti sesi latihan secara sistematik di bawah seliaan jurulatih yang berpengalaman dan berkemahiran," ujar beliau kepada GPSBestari.Mengulas lanjut mengenai jadual harian atlet murid di SSM, Zulkifli menjelaskan, berbanding murid sekolah arus perdana yang memulakan sesi pembelajaran seawal 7.30 pagi, atlet murid SSM akan mengikuti sesi latihan di sebelah pagi.Bermula jam 9.30 pagi sehingga jam 3.30 petang mereka akan mengikuti sesi pembelajaran  akademik dan menyambung sesi latihan di sebelah petang.Jawatan BaharuDilantik sebagai Timbalan Pengarah, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Sektor Pengurusan Sekolah dan Kemenjadian Murid bermula 1 Jun 2019, Zulkifli menjelaskan, dia kini diamanahkan untuk mengawal selia pengurusan dan pentadbiran lima SSM dan empat Sekolah Seni Malaysia (SSeM) bagi memastikan tadbir urus sekolah mematuhi ketetapan dasar KPM.[caption id="attachment_24458" width="300"] Zulkifli Nordin pada Majlis Perasmian Program Sukan Murid di Sekolah Pendalaman.[/caption]Beliau memberitahu, dia amat teruja dengan kemenjadian dan kecermerlangan murid di SSM dan SSeM.Pencapaian ini adalah hasil kegigihan dan komitmen barisan pentabir, guru dan jurulatih dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing dalam menggilap potensi murid.Menyaksikan kejayaan SSM dan SSeM menggilap potensi murid sehingga berjaya melakar kejayaan ke peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa merupakan satu pengalaman yang sangat menakjubkan."Saya telah ditawarkan sebagai Nazir Sekolah di Jemaah Nazir, KPM bermula 1995 hinggalah 2019. Kemasukan ke SSMSelaras dengan matlamat penubuhan SSM untuk melahirkan atlet pelapis bertaraf dunia, KPM sentiasa memandang ke hadapan dalam usaha menyediakan kumpulan atlet muda agar mereka bersedia untuk bersaing di pentas dunia.Pada masa kini, SSM berperanan sebagai pusat kecemerlangan sukan elit KPM di mana atlet murid yang dipilih adalah dalam kalangan yang terbaik dari seluruh negara.Menurut Zulkifli, setiap SSM menawarkan sukan yang berbeza. Pengambilan atlet murid dibuat dua kali setahun, Januari dan Julai dengan pencalonan dibuat oleh Majlis Sukan Negara (MSN), Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan SSM yang telah mengenal pasti calon-calon dari sekolah bantuan penuh kerajaan yang berpotensi dan berjaya meraih kejayaan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.Semua atlet murid yang dicalonkan akan melalui proses pengenalpastian bakat atau Talent Identification (TID) dan disaring sebelum ditawarkan di SSM.Semua pencalonan mesti dikemukakan melalui portal  https://spassm.moe.gov.my/. Pemilihan calon akan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Atlet Murid ke SSM.Calon boleh menyemak keputusan kemasukan di https:// spassm.moe.gov.my/.SSM turut menawarkan pengambilan atlet murid Tahun Lima dan Tahun Enam yang dikenal pasti berpotensi bagi sukan gimnastik artistik, renang dan terjun.HarapanSSBJ telah berjaya melahirkan 18 atlet bertaraf dunia dan kini mewakili negara pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang lalu. Pada masa yang sama, SSM akan menjadi institusi pendidikan, menjadi penanda aras kepada sekolah-sekolah di dalam dan luar negara atas keupayaan melahirkan atlet murid yang berjaya dalam bidang akademik, beradab, berdisiplin, berhemah tinggi, mempunyai semangat patriotik serta semangat juang yang jitu dalam mengharumkan nama negara dalam bidang sukan di persada antarabangsa.SENARAI SEKOLAH SUKAN MALAYSIASekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), Kuala LumpurSekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Kota Tinggi, JohorSekolah Sukan Malaysia Sabah, PenampangSekolah Sukan Malaysia Pahang, GambangSekolah Sukan Malaysia Terengganu, Kuala NerusPengambilan Atlet Murid Ke Program Prauniversiti di Sekolah Sukan MalaysiaCalon lepasan SPM boleh memohon ke SSM pada bulan Mac hingga April dan dilaksanakan hanya sekali setahun iaitu untuk Ambilan Julai melalui portal rasmi KPM: https://prau.moe.gov.mySyarat Umum:- Warganegara Malaysia.- Telah menduduki peperiksaan SPM dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Sejarah.- Mewakili negara/berpotensi mewakili negara.- Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh pendaftaran tahun kemasukan.- Hendaklah mendapat perakuan dan diikhtiraf oleh Majlis Sukan Negara/Negeri dan Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK).- Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.- Tawaran hanya sah sekiranya pelajar bersetuju menerima SSM yang ditawarkan.- Tawaran tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Pemilihan dan hanya sah sekiranya calon atlet murid memenuhi syarat-syarat kemasukan ke SSM.