Digi kaji pengaruh digital dalam kalangan pelajar sekolah hadapi pandemik

Iklan
190821-digi
KUALA LUMPUR - Syarikat telekomunikasi Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) melancarkan kaji selidik bagi memahami bagaimana pelajar sekolah di Malaysia menempuh dan menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu digitilisasi, ketika pandemik.Menurut Digi dalam satu kenyataan baru-baru ini, kaji selidik selama sebulan bertajuk ‘Yellow Heart’ Kehidupan Semasa Covid-19 untuk Kanak Kanak secara Dalam Talian: Nilai dan Cabaran (Life Under Covid-19 for Children Online: Values dan Challenges) itu akan turut mengkaji bagaimana pandemik mempengaruhi literasi digital serta daya tahan mereka dalam menghadapi risiko secara dalam talian.Mengakui bahawa kehidupan ramai kanak-kanak semasa pandemik ini sangat dipengaruhi dunia digital, Ketua Bahagian Kelestarian Digi, Philip Ling berkata, kaji selidik itu sangat penting dalam memahami perkara yang dihadapi pelajar, penjaga dan guru. Menurutnya, Digi menyasarkan maklum balas diperoleh daripada kira-kira 2,000 pelajar sekolah di seluruh negara, berusia 10 hingga 18 tahun, menerusi tinjauan cara hidup digital terbaharunya https://www.surveymonkey.com/r/YHSurvey2021, yang diadakan sehingga 6 September ini.Kaji selidik berkenaan turut dianjurkan sempena sambutan Hari Belia Antarabangsa pada 12 Ogos, katanya.Selain itu, menurut kenyataan itu, menerusi inisiatif Yellow Heart tersebut Digi secara aktif berkempen untuk ruang Internet yang selamat dan penerapan daya tahan digital dalam kalangan pelajar sekolah.Digi turut menyediakan sumber-sumber seperti Portal Internet Selamat Yellow Heart yang mengandungi bahan ilmiah seperti buku panduan, video dan modul untuk ibu bapa dan pelajar bagi menyokong dan mendidik rakyat Malaysia dengan peralatan dan kemahiran berkaitan keselamatan internet.Pada masa yang sama, syarikat juga bekerjasama dengan UNICEF Malaysia, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia dan Kementerian Pendidikan untuk menyediakan pembelajaran kemahiran digital masa depan (future skills learning) menerusi Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) bagi membolehkan pelajar sekolah di negara ini menikmati peluang pembelajaran menerusi internet. - BERNAMA