Permohonan kemasukan ke MRSM bagi tahun 2022 kini dibuka

Iklan
Untitled
Permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi Tingkatan 1 dan 4 untuk tahun 2022 dibuka bermula hari ini hingga 5 November 2021.Majlis Amanah Rakyat (MARA) membuat pengumuman itu menerusi platform media sosialnya dengan mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains Mara (SPMRSM).SPMRSM menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.Pelajar, ibu bapa, dan penjaga boleh membuat permohonan secara dalam talian menerusi pautan https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/ bermula jam 10 pagi tadi.Bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai SPMRSM, syarat kemasukan, program bantuan dan kebajikan MRSM serta Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM), orang ramai boleh melayari https://anyflip.com/vfdpd/wxnf/[caption id="attachment_25506" width="600"] Lokasi MRSM seluruh negara.[/caption]Untuk makluman, kemasukan ke MRSM mulai tahun 2021 mewajibkan calon untuk menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi menguji potensi calon dan minat, membabitkan subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris serta ujian keperibadian.Bagi pemohon yang memohon program Ulul Albab, mereka diwajibkan menduduki ujian hafazan sebagai syarat tambahan.Calon perlu lulus keempat-empat UKKM untuk melayakkan diri dipertimbangkan memasuki MRSM dan keutamaan diberikan kepada golongan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.Program Yang Ditawarkan Di MRSMMRSM menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik, inovatif dan berintegriti.Terdapat enam program dilaksanakan di MRSM seperti berikut:1. PremierMengintegrasikan kurikulum kebangsaan dan kurikulum MARA2. Ulul AlbabGabungan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan program aliran agama termasuk Tahfiz Al-Quran3. IGCSEMenawarkan dua sijil kepada pelajar iaitu Cambridge IGCSE dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berteraskan STEM4. IB MYP (Middle Years Programme)Mengintegrasikan kerangka IB MYP yang berteraskan STEM5. TeknikalMenerapkan elemen teknikal berteraskan STEM melalui mata pelajaran Sains Kejuruteraan6. PKP (Program Khas Pendidikan)Mengaplikasi pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat pelajar yang berteraskan STEM