JPN, PDRM Perak tubuh pasukan petugas tangani masalah salah laku, disiplin pelajar

Iklan
JPN, PDRM Perak tubuh pasukan petugas tangani masalah salah laku, disiplin pelajar

IPOH - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak akan menubuhkan pasukan petugas khas bersama-sama dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi menangani permasalahan disiplin dan salah laku dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah di negeri ini.

Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPN negeri, Mat Jaafar Mat Zain berkata, kedua-dua pihak akan mencari kaedah terbaik untuk melaksanakan campur tangan yang sesuai bagi menangani permasalahan itu.

Iklan
Iklan

"Jika sebelum ini, pihak JPN mempunyai cara tersendiri dalam menangani masalah salah laku dan disiplin pelajar begitu juga dengan pihak polis, kali ini kita bersepakat untuk melaksanakan pelbagai kaedah atau program secara bersama.

"Matlamat kita bukan hendak mendenda pelajar itu tetapi kita mahu membina semula jati diri pelajar kerana kita faham setiap pelajar ada kelebihan masing-masing, kita tidak mahu pelajar terjebak dengan perkara-perkara yang akan merosakkan diri mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Permuafakatan JPN bersama PDRM negeri yang turut dihadiri Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti negeri, SAC Mohamad Laham di sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) di sini, hari ini.

Iklan

Sementara itu, Mohamad dalam sidang media yang sama berkata peratusan kadar jenayah dalam kalangan pelajar sekolah di negeri ini menunjukkan penurunan sepanjang tahun lepas iaitu sebanyak 157 kes berbanding 155 kes bagi tempoh yang sama pada 2017.

"Antara kes jenayah yang dilakukan pelajar ialah gaduh dan buli manakala kes jenayah berat seperti dadah pula tidak begitu membimbangkan yang mana hanya lima kes dilaporkan membabitkan pelajar sekolah pada tahun lepas.        

"Bagaimanapun, tindakan harus diambil menerusi pelbagai program yang dianjurkan bagi memastikan pembabitan pelajar sekolah dalam kes penyalahgunaan dadah tidak menular dengan begitu serius," katanya yang berharap kes jenayah membabitkan pelajar sekolah dapat dikurangkan pada tahun ini. - Bernama

Iklan

Artikel Menarik:

"Li, kau buat apa pula ni?" - Soal PK Hem apabila peguam sampaikan surat mahkamah

Tak sangka cikgu masih tunggu aku… ALLAH"- 'Ustaz Hamaditarget="_blank"'>