UniMAP hantar sukarelawan bantu mangsa banjir di Yan

Iklan
230821-UNIMAP SUKARELAWAN2
KANGAR - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menghantar 40 sukarelawan bagi membantu mangsa banjir di Yan, Kedah, baru-baru ini.Naib Canselor UniMAP, Prof Ts Dr Zaliman Sauli berkata, misi sukarelawan melibatkan 10 kakitangan dan 30 mahasiswa itu bergerak dengan menaiki dua van dan sebuah bas."Misi ini membantu melaksanakan tugasan mencuci dan membersihkan kawasan yang dipenuhi lumpur akibat banjir berkenaan," katanya dalam kenyataan, baru-baru ini.Zaliman berkata kumpulan pertama misi bantuan UniMAP telah bergerak ke Yan bagi membantu 10 mahasiswa yang terkesan akibat bencana tersebut.Beliau berkata universiti itu juga telah menyalurkan bantuan keperluan makanan harian bernilai RM100 dan wang tunai RM100 dengan menggunakan Tabung Kebajikan dan Tabung Bencana kepada pelajar-pelajar berkenaan."Semoga sumbangan tidak seberapa ini mampu memberikan sedikit keceriaan kepada mereka," katanya.[caption id="attachment_25886" width="300"] Misi sukarelawan melibatkan 10 kakitangan dan 30 mahasiswa UniMAP.[/caption]