Pemohon gagal dapat tempat di universiti awam boleh kemuka rayuan

Iklan
wahi nordin
KUALA LUMPUR - Pemohon yang tidak berjaya mendapat tempat di Universiti Awam (UA) boleh mengemukakan rayuan selepas 11 hari hebahan semakan keputusan kemasukan ke UA sesi 2021/2022 yang diumumkan Rabu lepas.Pengarah Bahagian Kemasukan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Jabatan Pendidikan Tinggi, Wahi Nordin berkata, rayuan boleh dikemukakan menerusi Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar (UPUOnline)."Saya juga nak ingatkan kepada calon, permohonan kali ini agak sengit, ramai yang dapat keputusan cemerlang di peringkat STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) asasi dan matrikulasi tidak mendapat tempat berdasarkan pilihan program yang sengit persaingannya," katanya ketika menjadi tetamu program Buletin Bernama pada Ahad.Wahi berkata, menerusi rayuan, pelajar memiliki peluang untuk mendapat tempat, dan menasihati calon-calon untuk tidak memilih semula 12 pilihan kursus yang dipohon sebelumnya memandangkan program tersebut berkemungkinan telah penuh. Selain itu, calon yang ingin membuat permohonan baharu atau terlepas membuat permohonan menerusi UPUOnline, boleh mengambil maklum tentang permohonan yang dibuka oleh UA seperti Universiti Teknologi Mara dan Universiti Pendidikan Sultan Idris yang membuka permohonan semester kedua pada Mac 2022."Jadi calon-calon boleh melayari permohonan kemasukan semester kedua, bukan ambilan kedua, boleh buat permohonan terus kepada universiti berkenaan. Peluang di situ lebih cerah dengan keputusan yang ada," katanya.Beliau berkata, pihaknya akan mengumumkan keputusan rayuan pada akhir Oktober selepas kumpulan pertama ini mendaftar masuk ke universiti mulai 15 Oktober depan.Sementara itu, beliau turut memaklumkan tawaran yang diberikan adalah muktamad dan pemohon tidak dibenarkan untuk membuat pertukaran kursus atau universiti. Semakan keputusan boleh didapati menerusi lima pautan  antaranya https://jpt.utm.my; http://jpt.uum.edu.my; https://jpt.unimas.my; http://jpt.ums.edu.my; dan http://jpt.umt.edu.my. - BERNAMA