5 permainan mudah untuk tingkat kebolehan dalam peperiksaan

Iklan
batu-seremban (1)

Pada penghujung tahun, pastinya kebanyakan sekolah akan mengadakan peperiksaan bagi menguji kebolehan pelajar mereka.Bagi pelajar pula, musim ini adalah sangat mencabar kerana perlu memerah otak supaya dapat menjawab peperiksaan dengan baik. Namun, pelajar jangan terlalu stres kerana ia mungkin akan mengganggu konsentrasi ketika menjawab.Justeru itu, pelajar juga perlu mendapatkan rehat yang secukupnya sebelum menjawab peperiksaan kerana ia membantu untuk menenangkan fikiran.Tahukah anda bermain permainan tradisional boleh membantu untuk menenangkan fikiran dan meningkatkan konsentrasi dalam peperiksaan. Kali ini, GPSBestari senaraikan beberapa jenis permainan tersebut yang boleh anda cuba.1. Batu seremban

Iklan
Iklan

[caption id="attachment_26715" width="600"] Gambar kredit Mawardi Yunus[/caption]

Permainan batu seremban boleh dikatakan sebagai metafora bahawa pembelajaran adalah proses untuk meningkatkan kemampuan diri sendiri yang perlu diulang-ulang setiap kali untuk mahir.Bermain batu seremban juga membantu untuk menajamkan daya fokus serta melonggarkan otot pergelangan tangan setelah penat menulis. Ini juga merupakan kaedah yang baik untuk menghindari sindrom carpal tunnel pada hari peperiksaan!2. Kejar-kejar

Iklan

[caption id="attachment_26714" width="600"] Kredit youtube rous zakyyah[/caption]

Paling seronok kalau dilakukan setelah 30 hingga 50 minit belajar dengan kawan-kawan. Main kejar-kejar nampak mudah tetapi cukup 10 minit untuk memacu adrenalin dalam tubuh yang akan membantu mengepam otak kita dengan darah dan membuat kita segar dan siap untuk belajar lagi.3. Congkak

Iklan

Satu lagi permainan yang hebat untuk melatih fokus dan membantu untuk mengira dengan lebih pantas. Dah boleh buang kalkulator untuk ujian Matematik! Bunyi guli yang jatuh di atas kayu juga sangat menenangkan dan dapat diulang dengan mengetuk pen di atas meja ujian supaya kita dapat ingat kembali masa yang menyeronokkan.4. Teng-teng

[caption id="attachment_26711" width="600"] Kredit Tadikaabs[/caption]

Kalau tak cukup tenaga untuk main kejar-kejar, kita boleh main teng-teng. Cubaan untuk mengimbangkan badan pada satu kaki sambil melompat juga boleh melatih daya fokus.5.Perang Pemadam

Permainan ini boleh dimainkan sama ada ketika sedang belajar seorang diri dan semasa peperiksaan! Kadang-kadang anda hanya perlu alihkan perhatian dan leka sebentar selama lima saat sebelum inspirasi muncul dan membuatkan anda tiba-tiba teringat apa jawapan yang sepatunya ditulis.Selamat menghadapi musim peperiksaan, kami di GPSBestari mendoakan kejayaan anda.Sumber: afterschool.my