Sinovac untuk remaja 12 tahun ke atas dibenarkan - KP Kesihatan

Iklan
tan sri hisham - future image
KUALA LUMPUR - Penggunaan vaksin CoronaVac keluaran Sinovac Life Sciences Co. Ltd., China dan Pharmaniaga Lifesciences Sdn. Bhd. kepada golongan remaja berumur 12 tahun dan ke atas dibenarkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.Beliau memaklumkan kelulusan bersyarat itu dipersetujui dalam Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-364 yang bersidang hari ini."Ini merupakan vaksin Covid-19 kedua yang diluluskan untuk penggunaan bagi golongan remaja selepas kelulusan sama diberikan kepada vaksin Comirnaty, keluaran Pfizer BioNTech pada Jun lalu," katanya dalam kenyataan hari ini.Beliau berkata, penilaian bagi penggunaan Sinovac dalam kalangan remaja dengan komorbiditi akan diteruskan sebaik sahaja data yang dikemukakan mencukupi.Dr Noor Hisham berkata, vaksin jenama itu sebelum ini mendapat kelulusan pendaftaran bersyarat bagi penggunaan dalam kalangan individu berumur 18 tahun dan ke atas.Ketua Pengarah itu menyatakan kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin itu dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa. - BERNAMA