Persediaan menjelang pembukaan sekolah
Iklan
Golongan guru merupakan individu yang paling sibuk apabila sekolah mula beroperasi secara berperingkat mengikut Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) 3 Oktober lalu.Walaupun kehadiran murid ditetapkan pada kadar 50 peratus daripada enrolmen, mengikut penggiliran minggu dan ada yang hadir 100 peratus tanpa penggiliran, tugas guru tetap sama, sibuk di sekolah dan dalam masa sama meneruskan proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).Bagi guru-guru yang berada di negeri yang sekolahnya masih belum beroperasi, sesi PdPR diteruskan seperti biasa.Cuma, mungkin ada sedikit penambahan tugasan iaitu perlu hadir ke sekolah untuk membuat persiapan dan persediaan menjelang pembukaan semula sekolah kelak.Minggu ini, GPSBestari berpeluang menemu bual beberapa guru dan seorang ibu bagi mendapatkan gambaran persiapan yang dilakukan.Walaupun tidak pasti bila akan beroperasi, namun guru-guru ini tetap gigih dan sudah bersedia untuk menerima kehadiran murid disayangi.[caption id="attachment_27808" width="600"] Keadaan kelas prasekolah setelah melakukan pengubahsuaian penjarakan mengikut SOP.[/caption]*****Pengoperasian prasekolah bagi Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Wan Kemara, Changlun, Kedah, masih belum bermula setakat ini.Bagaimanapun, guru-guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) sudah pun membuat persiapan dalam menanti kemasukan murid-murid prasekolah.Bagi Cikgu Hamimah Zakaria, 38, dia mengambil masa selama dua minggu untuk membuat persiapan."Kami lakukan persiapan awal agar tiada yang tertinggal atau tidak lengkap. Dalam proses persiapan ini, semua guru prasekolah dan PPM terlibat termasuklah guru aliran perdana serta pentadbir sekolah."Tidak lupa juga, pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah turun membantu bagi memastikan keadaan kelas tersedia mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan," ujarnya.[caption id="attachment_27807" width="400"] Cikgu Hamimah[/caption]SK Dato’ Wan Kemara mempunyai dua kelas prasekolah iaitu Pra Nur Iman dan Pra An Nur.Seramai 50 orang murid mengikuti pembelajaran di prasekolah ini dengan bilangan guru seramai dua orang iaitu Cikgu Hamimah dan Cikgu Salmah Halim @ Saad.Ditanya mengenai persiapan yang telah dilakukan, Cikgu Hamimah berkata, segala-galanya berjalan lancar dan mengikut ketetapan yang telah disediakan."Kami memastikan tidak mengunakan permaidani, tikar, langsir dan alas meja bagi membasmi penularan wabak Covid-19."Turut dilakukan penjarakan perabot di dalam kelas sepanjang 1 meter dengan menggunakan pita pelekat berwarna, mempamerkan info mengenai virus Covid-19 di dalam kelas, peralatan seperti pinggan dan cawan murid-murid diasingkan serta dilabel supaya tidak berkongsi. Peralatan atau bahan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dihadkan dan dicuci sebelum dan selepas digunakan ," jelas beliau.Baca juga Pensyarah Kanan UiTM gesa ibu bapa pantau aktiviti dalam talian anak-anak, cegah sebelum parahBaca juga Tip mudah hafal sifir. Jom ikut cara cikgu Matematik ini buatBerkenaan SOP prasekolah pula, Cikgu Hamimah berkata, ia telah dibincangkan mengikut peranan masing-masing."Pihak sekolah telah menyediakan kemudahan pengimbas suhu, pencuci tangan dan bilik isolasi. Kami turut memastikan kelas berada dalam keadaan bersih serta pengudaraan yang baik untuk keselamatan juga keselesaan murid dan tiada aktiviti kumpulan yang melibatkan sentuhan."Seterusnya, aktiviti PdP luar bilik darjah hanya dilaksanakan di persekitaran kelas prasekolah dengan penjarakan sosial. Lawatan sambil belajar dalam dan luar kawasan tidak dibenarkan," kata beliau.Bagi memastikan keselamatan semua murid ketika berada di sekolah, Cikgu Hamimah menasihatkan supaya ibu bapa dan murid sentiasa menjaga kebersihan diri serta memakai pelitup muka ketika berada di luar sekolah.