Lapan puluh peratus graduan Politeknik mendapat pekerjaan

Iklan
Lapan puluh peratus graduan Politeknik mendapat pekerjaan

Iklan
Iklan

ARAU - Kira-kira 80 peratus lulusan politeknik akan mendapat pekerjaan sebaik menamatkan pengajian mereka, kata Pengarah Bahagian Kecemerlangan Profesional, Jabatan Pendidikan Politeknik, Dr Mohammad Naim Yaakub.

Iklan

Beliau berkata pencapaian itu berdasarkan pelbagai program pengajian yang ditawarkan oleh politeknik sesuai dengan kehendak dan keperluan pasaran pekerjaan dalam negara. 

Iklan

"Pelajar politeknik harus bersyukur kerana mereka berpeluang mengikuti pengajian dalam bidang latihan dan pendidikan teknikal serta vokasional (TVET) mengikut bidang kemahiran tertentu yang merupakan aspek penting untuk pemilihan di sektor pekerjaan.

"Justeru pelajar perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajian mereka agar setelah tamat pengajian kelak mereka mempunyai nilai tambah berbanding graduan lain termasuk dari segi rohani, jasmani dan intelek," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Penutupan Minggu Haluan Siswa Sesi Disember 2016 Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Perlis yang turut dihadiri Pengarah PTSS, Dr Mohd Zahari Ismail di sini hari ini.

Selain itu, katanya, menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh merupakan tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapa yang harus dipelihara agar menjadi insan yang syumul.

Mohammad Naim berkata politeknik juga membuka peluang kepada orang kurang upaya (OKU) untuk meneruskan pengajian dalam Sijil Kemahiran Hotel dan Katering bagi menjamin masa depan mereka.

Sementara itu, Mohd Zahari dalam ucapan alu-aluannya berkata 450 pelajar baharu telah mendaftar bagi pengambilan kemasukan Sesi Disember  2016 di PTSS Perlis.

Program Minggu Haluan Siswa mendedahkan pelajar tentang disiplin, kaunseling, pengurusan dan peraturan asrama, dasar-dasar negara, aktiviti kelab serta persatuan pelajar dan kesukarelawan. - Bernama