7 tip untuk sentiasa selamat ketika melayari internet

Iklan
New Project (1)
Pada hari ini, pengguna internet perlu mengetahui cara untuk mengelakkan jenayah siber.Terdapat beberapa tip mudah yang boleh diikuti bagi memastikan pengalaman melayari internet menjadi lebih selamat dan privasi sentiasa terjamin.1. Gunakan gambar yang berbeza untuk setiap akaun media sosialMenggunakan gambar yang berbeza untuk setiap akaun media sosial akan meningkatkan lagi keselamatan privasi anda.2. Hati-hati dengan kuiz di media sosialSeronok main kuiz secara online. Namun kebanyakan kuiz-kuiz tersebut bukanlah bertujuan mencabar pengetahuan, sebaliknya untuk mendapatkan beberapa maklumat peribadi daripada pengguna media sosial.Matlamat utama mereka adalah untuk mendapatkan data peribadi seperti alamat e-mel, kata laluan dan nombor kad kredit. Jadi perlu berhati-hati.3. Elakkan menggunakan Wi-Fi awam yang diraguiMenggunakan Wi-Fi awam boleh mengundang pelbagai ancaman kerana Wi-Fi awam mudah terdedah dengan ancaman penggodam.Oleh itu, anda mesti mengelakkan daripada memasukkan info-info penting seperti data peribadi, kewangan dan lain-lain semasa menggunakan Wi-Fi awam.4. Berhati-hati sebelum berkongsi lokasiSetiap kali anda menyiarkan gambar, membuat tweet atau melakukan ‘check-in’ lokasi, sebenarnya anda telah menyiarkan kedudukan anda kepada orang ramai. Dengan ini, anda mungkin akan menjemput ‘stalkers’ untuk menjejaki anda. Oleh itu, cuba elakkan daripada ‘check-in’ pada waktu sebenar.5. Semak tag dan pilih yang bersesuaian sahajaBersikap selektif amat penting kerana apa sahaja yang disiarkan akan kekalkan untuk selama-lamanya.6. Gunakan mod ‘incognito’ untuk membuka pautan yang mencurigakanAnda mesti biasa dengan mod inkognito. Ia adalah mod pelayaran internet dengan privasi.Oleh itu, membuka pautan yang mencurigakan menggunakan mod inkognito adalah pilihan yang lebih selamat daripada hanya terus klik padanya.7. Semak kebenaran aplikasi untuk akses fail mediaSebelum memuat turun sebarang aplikasi pada telefon anda, semak kebenaran seperti yang diminta untuk mengelakkan data peribadi anda terjejas. Jika anda melihat apa-apa yang kelihatan ganjil atau tidak perlu, pertimbangkan semula untuk memasang aplikasi itu.Apakah tip lain yang anda gunakan untuk melindungi diri anda dalam talian? Jom kongsikan di bawah.S: brightsideArtikel berkaitan7 ancaman internet, guru dan pelajar perlu lebih berhati-hati9 tip urus kewangan bagi cikgu muda yang baru postingKhas untuk bakal jurutera ‘anda perlu bijak meneroka dan memandang ke hadapan bukan ke belakang’

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok