Keda bina Kompleks Pendidikan Al-Hidayah

Iklan
081121-PORTAL KEDA future image
SUNGAI PETANI – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) membina Kompleks Pendidikan Al-Hidayah di Desa Keda Che Bema.Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kompleks yang ditubuhkan pada tahun 2016 itu bertujuan mengimbangi pembangunan fizikal dan modal insan kerohanian di Desa Keda dan kawasan sekitarnya.Menurutnya, ia bertepatan dengan hasrat Keda untuk mewujudkan sebuah hab pembangunan modal insan dan kerohanian di kawasan luar bandar di negeri itu."Pembangunan modal insan dan kerohanian ini penting untuk kita hadapi cabaran pada masa akan datang," katanya selepas mengadakan lawatan dan taklimat projek di Desa Keda Che Bema pada Ahad.Mahdzir berkata, Keda akan meneruskan pembangunan fasa dua Kompleks Pendidikan Al-Hidayah dengan tambahan pembinaan dewan serbaguna, bilik kuliah dan 30 unit penginapan kepada pelajar."Buat masa kini, Keda sedang menjalinkan kerjasama dengan Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah bagi memperkemaskan pengurusan pusat pengajian kerohanian itu," ujarnya.