“Jenuh aku fikir benda apa, rupa-rupanya..", Jawapan dalam kerja rumah pelajar bikin netizen terhibur

Iklan
2021-11-22 (1)
Setelah sekian lama sekolah dilaksanakan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), sudah pasti ramai pelajar yang sudah dapat membiasakan diri.Begitu juga dengan ibu bapa atau adik beradik yang perlu memantau ahli keluarga ketika mengikuti proses PdPR, semakin hari sudah semakin mahir dalam memberi tunjuk ajar.Baru-baru ini, tular di TikTok yang menunjukkan seorang kakak sedang menyemak kerja rumah adiknya.BACA JUGA:Bersaing dengan 63,000 pemohon, gadis berasal dari Kelantan ini antara yang terpilih untuk biasiswa Chevening 21/22!BACA JUGA: Murid terkejut bila ‘pelakon’ Squid Game datang sekolah, tak sangka rupa-rupanya dia adalahDalam video tersebut, pada awalnya semuanya kelihatan biasa sahaja sehinggalah dia terlihat sebuah jawapan badminton, tetapi ditulis sebagai"Batbitteng"Tidak menyangka adiknya akan menulis jawapan kerja rumah dalam dialek Kelantan, dia yang tidak dapat menahan rasa lucu serta merta tergelak apabila terlihat jawapan tersebut.Lihat video penuh tersebut di bawah.Di ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur selepas melihat video yang menerima 10.9 tanda suka tersebut.Jenuh aku fikir benda apa… ‘badminton rupanya ??? - TUNYinZMXJANGAN lupa ikuti GPSBestari di twitter dan instagram‘Ganu sangat nii ? ehhh btw mesti comel adik awak ?- FikacomelOooh badminton ? ingat beatboxing ? hebat budak ni beatbox - なこ笑顔Adik aku pulakkk lobak merah jadi lobak meras ? - fadhyCOMEL NYA DOK RETI HAHAHAH - wapipapipum