photo6102899952545017224
photo6102899952545017224

Murid terkejut bila ‘pelakon’ Squid Game datang sekolah, tak sangka rupa-rupanya dia adalah...

Roshlawaty Md Raieh
19 Nov 2021 02:06pm
A
A
A

Kelibat seorang ‘pelakon’ Squid Game di hadapan pagar Sekolah Kebangsaan (SK) Kampong Melayu, Kluang, Johor, telah mengejutkan warga sekolah, baru-baru ini.

Beberapa murid yang tiba awal pagi, seakan tidak percaya dengan apa yang mereka lihat.

Masing-masing teruja dan bersemangat kerana berpeluang melihat secara realiti dan tidak kurang juga, ada yang melihat dari jauh kerana masih terkejut.

Rupa-rupanya, ‘pelakon’ Squid Game itu adalah guru besar sekolah itu sendiri.

Beliau yang dikenali sebagai Cikgu Nor Zaidi Jamiluddin bertindak memakai set pakaian Squid Game untuk memberi keterujaan dan semangat kepada murid-murid yang hadir ke sekolah, pada hari tersebut.

Berkongsi dengan GPSBestari, Cikgu Nor Zaidi berkata, idea menggayakan pakaian tersebut disebabkan populariti siri drama berkenaan pada September lalu.

"Rancangan thriller berbahasa Korea ini cukup tersohor. Semua masyarakat kenal watak-watak dalam cerita tersebut. Justeru, saya mengambil inisiatif memakainya bagi tujuan menyambut murid-murid yang datang ke sekolah.

“Alhamdullilah, idea ini menjadi dan mereka sangat percaya bahawa ‘pelakon’ Squid Game benar-benar hadir ke sekolah,” kata guru besar ini.

Baca juga Usaha melahirkan ilmuwan Islam, USIM kini jalin kerjasama dengan pusat penyelidikan di Uzbekistan

Baca juga Susah tidur, cuba cara yang digunakan tentera ini untuk terlelap dalam hanya 2 minit

Sementara itu, Cikgu Nor Zaidi yang juga guru Pendidikan Seni berkata, beberapa perkara penting telah dilakukan pihak sekolah ketika sesi hari pertama persekolahan bermula.

“Saya bersama beberapa guru telah berdiri di hadapan pagar seawal pagi bagi menyambut kehadiran murid.

“Murid-murid perlu memeriksa suhu badan dan memakai pelitup muka sebelum masuk ke dalam bilik darjah.

“Kemudian, sesi ‘learning walk’ ke setiap kelas telah dilakukan oleh saya sendiri, bagi mengenal pasti keadaan bilik darjah berdasarkan prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Ditanya mengenai SOP bagi SK Kampong Melayu, beliau berkata, warga sekolah perlu patuh pada SOP yang telah ditetapkan Kementerian Pendidikan.

“Sebelum hadir ke sekolah, murid perlu sihat tanpa gejala selsema, batuk dan alahan lelah. Mereka wajib memakai pelitup muka sepanjang berada di sekolah.

“Setibanya di sekolah, mereka perlu memeriksa suhu dan jika didapati bergejala, murid-murid ini akan diletakkan di bilik isolasi sebelum menghubungi ibu bapa untuk tindakan selanjutnya,” tuturnya lagi.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Akhir sekali, besar harapan Cikgu Nor Zaidi agar murid-murid dapat hadir ke sekolah mengikut jadual penggiliran.

“Kita sudah bekalkan jadual penggiliran kepada ibu bapa dan berharap semuanya dapat mengikuti jadual tersebut.

“Di pihak kami, insya-ALLAH akan kami beri bimbingan, dorongan dan sokongan yang terbaik kepada murid-murid bagi memastikan mereka dapat belajar dalam keadaan kondusif, selamat dan seronok,” ujarnya.

SK Kampong Melayu, merupakan sebuah sekolah yang terletak di Jalan Penghulu Kassim,.

Pada 2021, sekolah ini memiliki 948 murid termasuk prasekolah manakala guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana seramai 69 orang. Jumlah kelas bagi sekolah terbabit pula sekitar 29 buah kelas Pembelajaran Abad Ke 21 (PAK21).

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok