5 sebab guru-guru boleh guna kaedah realiti maya dalam pembelajaran

Iklan
stem-t4l-G-vWUkGQeZc-unsplash
Ramai sedia maklum dengan kewujudan realiti maya tetapi tidak ramai yang tahu bagaimana ia boleh membantu dalam proses pembelajaran.Secara mudahnya realiti maya bermaksud persekitaran yang dijana oleh sistem komputer berbentuk 3D. Pengguna boleh merasai seolah-olah mereka berada di lokasi yang dijana oleh komputer dengan bantuan peranti realiti maya.Realiti maya boleh digunakan untuk mempertingkatkan tahap pembelajaran pelajar. Dengan wujudnya realiti maya dalam pembelajaran, mereka boleh menggunakan deria sedia ada untuk menjadikan proses pembelajaran lebih mendalam. Mereka tidak terhad dengan hanya membaca dan melihat.Berikut merupakan antara perkara yang menjadikan realiti maya dalam pembelajaran sangat efektif.1. Pembelajaran melalui pengalamanTidak boleh dinafikan, proses pembelajaran yang berkesan adalah melalui pengalaman. Pelajar boleh merasai sendiri pengalaman melalui penggunaan teknologi realiti maya semasa proses pembelajaran dan mereka tidak terbatas dengan hanya membaca dan melihat.Sebagai contoh, pelajar boleh berinteraksi dengan haiwan-haiwan terancam ataupun mendekati haiwan liar dan mereka boleh mempelajari dengan dekat bagaimana haiwan tersebut hidup di habitatnya.2. Tiada yang akan tertinggalDengan realiti maya, kesemua pelajar dapat meningkatkan penyertaan di dalam kelas kerana semua pelajar diberi peluang sama rata untuk menggunakan peranti realiti maya yang telah disediakan oleh pihak sekolah bagi tujuan proses pembelajaran.Setiap kelas mestilah menyediakan peranti lengkap dan setiap pelajar akan bergilir-gilir untuk menggunakannya tanpa ada yang tercicir disebabkan kekurangan kemampuan untuk membeli peranti realiti maya tersebut.BACA JUGA: Aplikasi pembelajaran mudah alih berkonsep realiti mayaBACA JUGA: Cabaran mahasiswa dan persediaan graduan era digital3. Tahap kreativiti pelajar meningkatPenggunaan realiti maya dalam pembelajaran bukan sahaja ideal untuk tujuan penyampaian maklumat tetapi juga bagus untuk penciptaan kandungan. Dengan menyediakan pelajar medium yang betul seperti aplikasi Tilt Brush, anda membantu mereka meningkatkan kreativiti mereka.Tilt Brush merupakan aplikasi oleh Google yang membolehkan pengguna melukis secara 3D dan persekitaran anda adalah kanvas putih. Pengguna bebas untuk berkarya mengikut kreativiti masing-masing.[embed]https://www.youtube.com/watch?v=TckqNdrdbgk[/embed]4. Pembelajaran secara visualRamai pelajar merupakan pelajar visual. Jika dibandingkan dengan membaca untuk belajar, realiti maya mampu mempamerkan visual supaya pelajar lebih mudah memahami terutama sekali ia membolehkan pelajar untuk berinteraksi dengan realiti yang dijana itu.Apabila bercerita tentang realiti maya, tumpuan akan diberikan terhadap industri hiburan dan permainan video. Walau bagaimanapun, proses pembelajaran tidak ketinggalan dan selari dengan arus teknologi yang semakin hari semakin berkembang pesat.Sumber: Immersion VR