Pengorbanan seorang abang, sanggup berhenti sekolah demi adik

Iklan
orang-susah

Kehidupan lima beradik ini sangat menyayat hati. Sesiapa sahaja pasti akan terasa sedih melihat keadaan mereka.

Iklan
Iklan

Ketiadaan bapa yang tidak sihat dan ibu kandung yang sudah meninggal dunia memaksa si abang berhenti sekolah dan keluar bekerja.

Iklan

Muhammad Sulaiman Ahmad Yusuf, 17, yang menetap di Flat Sri Perantau di sini berkata, dia berkorban meninggalkan alam persekolahan lima tahun lalu demi membantu bapanya meringankan beban keluarga.

Iklan

Dia berbuat demikian supaya adik-beradiknya yang lain mampu untuk ke sekolah dan pada masa yang sama mempunyai makanan bagi mengisi perut.

Namun tahap pelajaran setakat tahun enam menyukarkan keadaan Muhammad Sulaiman apabila dia hanya mampu bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai baju dengan gaji RM800 sebulan.

BACA JUGA: Lebih ramai pelajar asnaf cemerlang bakal dilahirkan

BACA JUGA: Pernah hidup susah, Cikgu Murni nekad bantu orang ramai

"Bapa saya tidak berapa sihat kerana menghidap sakit pada bahagian perut, namun dia sanggup menahan kesakitan untuk menyara kami.

"Bapa seorang buruh binaan dengan pendapatan sebanyak RM1,800 sebulan.

"Mak sudah meninggal dunia empat tahun lalu disebabkan kencing manis. Abang sulung pula meninggal dalam kemalangan beberapa bulan selepas ketiadaan mak.

"Bapa perlu bekerja di luar kawasan menyebabkan kami lima adik-beradik terpaksa tinggal di rumah ibu saudara yang sudah berkahwin,” katanya.

Muhammad Sulaiman turut memberitahu bahawa mereka belum menerima sebarang pertolongan dan bantuan daripada pihak kerajaan bagi kelangsungan kehidupan.

Kepada sesiapa yang ingin membantu Muhammad Sulaiman dan adik-adiknya , boleh menghubunginya melalui Habibah di talian 017-239 6208.

Sumber: Kosmo