Nak mohon Guru Cemerlang, ini fail-fail yang cikgu perlu sediakan!

Iklan
neonbrand-1-aA2Fadydc-unsplash (1)
Menjadi seorang Guru Cemerlang sebenarnya ada banyak kelebihan, antaranya kenaikan pangkat yang lebih cepat, kenaikan gaji, tidak terlibat dengan urusan pentadbiran dan banyak lagi.Apabila membaca berita mengenai ramai guru di seluruh Malaysia yang menerima anugerah Guru Cemerlang, mungkin ada sebilangan guru yang tertanya-tanya, bagaimana mereka boleh mendapat anugerah tersebut sedangkan anda tidak?Sebenarnya untuk menjadi Guru Cemerlang, ia perlu dimohon terlebih dahulu, kemudian permohonan tersebut perlu mengikuti beberapa proses iaitu permohonan, saringan dan tapisan di Putrajaya.[caption id="attachment_29962" width="600"] gambar hiasan kredit unsplash[/caption]Selepas itu jika melepasi tapisan kelayakan tersebut, akan ada proses pemantauan di sekolah bagi tujuan verifikasi. Akhirnya barulah keluar keputusan dan proses pelantikan berlaku.Buat guru-guru yang baru ingin memohon anugerah ini, perlulah membuat pelbagai persediaan supaya mudah untuk melepasi proses-proses saringan tersebut.Oleh itu, dalam artikel ini, kami akan menunjukkan apakah fail-fail yang perlu disediakan untuk menjadi seorang Guru Cemerlang seperti yang dikongsikan oleh seorang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Badlishah, Cikgu Che Norainie di laman Tik Tok beliau.Dalam perkongsiannya senarai fail yang perlu disediakan adalah;1. Fail meja guru.2. Program yang telah dihadiri3. Inovasi dan pencapaian yang telah diperoleh sepanjang berkhidmat4. Kajian, kertas kerja dan penulisan profesional5. Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran (DSKP)6. Headcount dan analisis peperiksaan7. Pelaporan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS)8. Fail program peningkatan prestasi9. Fail-fail berkaitan jawatan yang disandang10. Fail kemenjadian murid11. Standard prestasi murid12. Fail yang mengandungi sijil-sijil yang diperoleh dan diasingkan mengikut tahun13. Fail borang penskoran individuCikgu Norainie turut menyarankan supaya jadual kandungan diletakkan di dalam setiap fail tersebut bagi memudahkan pembaca mengetahui kandungan di dalam fail tersebut.[video width="544" height="960" mp4="https://sinarbestari.sinarharian.com.my/wp-content/uploads/2021/12/Buat-Sahabat2-yg-dapat-DG41-tu-bolehlah-tiru-untuk-mohon-GC-ya.mp4"][/video]Semoga perkongsian ini membantu.Artikel berkaitan Guru Cemerlang kongsi apa yang perlu dikuasai cikgu sebelum menyediakan soalan ujian/peperiksaanCacat penglihatan tak halang Siti Aisah raih Anugerah Guru Cemerlang7 tugas utama Ketua Panitia Subjek

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok