HomeGen ZGuru Cemerlang kongsi apa yang perlu dikuasai cikgu sebelum menyediakan soalan ujian/peperiksaan

Artikel Berkaitan

Guru Cemerlang kongsi apa yang perlu dikuasai cikgu sebelum menyediakan soalan ujian/peperiksaan

Baru-baru ini, Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong, Kedah, Cikgu Dr Abdul Ghani Jalil berkongsi mengenai Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang perlu dikuasai guru sebelum menyediakan soalan ujian/peperiksaan untuk pelajar.

Beliau berkata, JSU sangat penting dalam membina soalan yang berkualiti untuk menilai pencapaian pelajar.

Bukan itu sahaja, soalan tersebut juga harus memenuhi aras yang telah ditetapkan bagi memberi keadilan kepada semua pelajar.

“JSU hendaklah dibuat sebelum guru menggubal soalan tetapi terdapat juga guru melakukan penyalahgunaan JSU iaitu dengan membuat JSU selepas soalan selesai dibina.

“Mulai sekarang kita harus bergerak dilandasan yang betul bagi meneruskan kelangsungan pendidikan yang bermutu dan berkualiti,” katanya kepada GPSBestari.

Baca juga 5 filem menarik yang boleh ditonton guru dan pelajar. Ini senarainya!

Baca juga Cikgu Azmi tidak betah duduk diam, sanggup lukis mural di dinding STEMZA hingga cecah puluhan karya

Bagi memahami dengan mendalam pengertian JSU, Cikgu Dr Abdul Ghani kongsikan beberapa maklumat sebagai panduan untuk pendidik di luar sana.

Semoga ia bermanfaat untuk semua.

A) Apa itu JSU?

JSU menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur dan memberikan panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan.

B)11 kepentingan JSU perlu difahami guru

1) Panduan membentuk soalan.

2) Menjamin ujian yang dibina secara tersusun dan berobjektif.

3) Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan secara terancang dan rapi. (Menjamin kualiti kertas ujian).

4) Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif pelajaran mengikut penekanan yang diberi dalam peperiksaan awam.

5) Memastikan terdapatnya keseimbangan di antara tajuk-tajuk dengan kemahiran.

6) Akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.

7) Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain.

8) Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.

9) Perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain.

10) Membiasakan pelajar dengan membentuk dan penekanan tajuk dalam peperiksaan awam.

11) Memudahkan guru-guru membuat analisis jawapan murid bagi tujuan pemulihan setiap kali selepas ujian.

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/ 

C) Langkah-langkah penyediaan JSU

JSU mengandungi maklumat tentang:

1) Bentuk dan panjangnya ujian.

2) Aras kesukaran dan juga aras kemahiran di uji. Guna formula 5:3:2

3) JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan kesahan dan kebolehpercayaan ujian itu.

4) Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan penegasan yang diberi dalam pengajaran.

5) Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang akan diuji.

6) Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan subjektif.

7) Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk diuji.

8) Masa mestilah mencukupi supaya 80 peratus daripada pelajar dapat menjawab kesemua soalan.

Artikel Terkini