Jika mempelajari bahasa sangat mudah bagi kanak-kanak, mengapa ia semakin susah ketika dewasa?

Iklan
8-must-have-app

Pada era digital ini, kita mempunyai banyak jenis platform yang membantu golongan dewasa untuk mempelajari bahasa yang baharu dengan cara yang ‘mudah’. Apatah lagi, ketika ini ramai yang sedang ‘gilakan’ drama bersiri dari Korea.

Iklan
Iklan

Namun satu perkara yang sering kita perhatikan adalah golongan kanak-kanak lebih mudah mempelajari dan menguasai bahasa berbanding orang dewasa. Bagaimana keadaan itu berlaku?

Iklan

Sudah terbukti, kanak-kanak sangat mudah untuk mempelajari bahasa yang baru. Hanya campurkan mereka dalam persekitaran penutur bahasa dan mereka akan secara automatik akan mempelajari bahasa tersebut.

Iklan

Apakah perbezaan antara belajar bahasa bagi kanak-kanak dan orang dewasa?

Dalam setahun selepas dilahirkan, bayi hanya menerima input sepanjang tahun sebelum mereka boleh mengeluarkan bunyi yang koheren. Manakala golongan dewasa boleh menumpukan perhatian hanya beberapa jam dan mereka sudah boleh menghafal beberapa ayat asas.

Setiap kali bayi terjaga daripada tidur, mereka sebenarnya sedang mempelajari sesuatu perkara yang baharu tapi orang dewasa terpaksa memikirkan banyak perkara lain termasuk berfikir dan komunikasi dalam bahasa yang sudah dipelajari.

BACA JUGA: 10 sebab mengapa kanak-kanak Jepun adalah yang paling sihat di dunia? Ibu bapa perlu ambil tahu!

BACA JUGA: Mohon guru baca dan hadam 6 tip penting tarik minat kanak-kanak belajar. Mak ayah pun boleh cuba juga

Hipotesis tempoh kritikal

Pakar bahasa dari Amerika Syarikat, Noam Chomsky mencipta teori ini untuk menerangkan bahawa bagi beberapa tempoh tahun awal bagi seorang manusia, otak yang dimiliki mempunyai kebolehan yang amat baik dalam mempelajari bahasa. Teori ini sudah diterima ramai tetapi sehingga teori ini masih menjadi perdebatan antara pakar bahasa yang lain.

Jika kita bertanya soalan"bagaimana kanak-kanak belajar bahasa?”, jawapannya yang paling munasabah adalah tidak sesiapa yang tahu.

Namun, pakar bahasa serata dunia mempunyai pendapat yang kuat bagi menjelaskan fenomena ini.

Kita semua sedia maklum, bahasa dipengaruhi oleh keturunan dan persekitaran. Sebagai contoh, jika seseorang itu dilahirkan dalam keluarga orang Perancis, sudah tentu dia boleh bertutur dalam bahasa Perancis dengan mudah.

Tidak dapat dinafikan, manusia berkebolehan untuk bertutur dalam pelbagai bahasa yang ada di dunia. Justeru itu, apabila seseorang itu dikelilingi oleh beberapa bahasa untuk tempoh yang lama, kita hanya akan menggunakan bahasa sedia ada dan berhenti untuk mendengar bahasa yang lain.

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook

Bagaimana pula dengan orang dewasa?

Bagi golongan dewasa, anda boleh belajar bahasa melalui aplikasi seperti Duolingo, MindSnacks dan Tandem. Aplikasi bahasa ini boleh dimuat turun melalui telefon. Golongan dewasa boleh bermula dalam bahasa baharu dalam beberapa minit.

[caption id="attachment_30358" width="564"] Contoh aplikasi untuk mempelajari bahasa baru melalui telefon[/caption]

Selain itu, pembelajaran bahasa boleh dilakukan melalui penutur asli. Berkomunikasi dengan penutur asli secara tidak langsung memberikan anda motivasi untuk mempelajari bahasa berbanding menghadap buku atau skrin komputer.

Orang dewasa mempunyai kemahiran untuk mempelajari kosa kata tanpa sebarang masalah, sama dengan kebolehan menghafal perkara penting yang lain. Kebanyakan kursus bahasa menggunakan kad dan latihan terjemahan.

Anda berkemungkinan tidak akan dapat bunyi seperti penutur asli tetapi tidak semestinya anda tidak memahami bahasa yang dipelajari.

Sumber: YouTube Tom Scott