pexels-yan-krukov-8613059
pexels-yan-krukov-8613059

Mohon guru baca dan hadam 6 tip penting tarik minat kanak-kanak belajar. Mak ayah pun boleh cuba juga

webadmin
21 Sep 2021 01:40pm
A
A
A

Saya sering kali mendengar keluhan daripada pihak guru yang risau dengan tahap motivasi dan minat kanak-kanak untuk belajar yang semakin menjadi isu di kala Covid-19 terus-menerus menyerang negara kita.

Persoalannya, bagaimana guru boleh menyediakan proses pembelajaran untuk kanak-kanak dalam tempoh Fasa Kawalan Pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) berlaku secara optimum?

Proses PdP yang ‘sihat’ adalah penting dan memerlukan penekanan terutamanya semasa musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini sebagai langkah memperkasakan pendidikan bagi kanak-kanak yang berada di rumah bersama keluarga.

Arus pendidikan telah mengalami perubahan yang sangat pesat seiring dengan cabaran utama pada masa pandemik menyerang dunia.

Maka, seiring dengan perubahan ini, sewajarnya kaedah pengajaran juga harus disesuaikan dengan keperluan semasa.

Cabaran ini juga termasuklah apabila mengendalikan kanak-kanak dalam sesi pembelajaran yang berlaku secara dalam talian.

Gambar hiasan daripada Pexels.

Terdapat beberapa kaedah dan tip yang boleh digunakan untuk menarik minat kanak-kanak agar mereka dapat belajar dengan baik.

1) Fahami gaya pembelajaran kanak-kanak.

Ini merupakan faktor penting untuk membantu kanak-kanak agar mereka dapat menerima apa yang disampaikan oleh guru.

Terdapat tiga jenis gaya pembelajaran yang utama iaitu visual, auditori dan kinestetik. Walaupun setiap individu mempunyai ketiga-tiga jenis gaya ini namun seseorang itu mempunyai satu gaya pembelajaran yang dominan dalam diri mereka.

Setiap gaya pembelajaran ini mempunyai pendekatan yang berbeza. Maka guru perlu mengenali gaya pembelajaran setiap kanak-kanak di dalam kelasnya dan menyesuaikan dengan pendekatan yang hendak digunakan.

Gambar hiasan daripada Pexels.

2) Menggunakan pelbagai kaedah yang berbeza.

Hakikatnya daya fokus manusia kian berkurang dengan pelbagai cabaran dan gangguan di era digital ini. Hal ini juga menjadi antara faktor yang perlu diambil kira kerana akan menyebabkan kanak-kanak cepat bosan terutamanya ketika pembelajaran secara online.

Mereka sewajarnya dididik dengan menggunakan pelbagai medium dalam talian yang berbeza.

Jika sesi pembelajaran mempunyai pelbagai kaedah yang berbeza, pastinya kanak-kanak akan teruja dan tidak sempat merasa bosan terutamaya dengan medium baharu yang diperkenalkan sebagai bahan bantuan mengajar.

Medium tersebut mestilah bersifat kreatif dan ceria bagi menarik minat mereka. Selain itu, masa yang diperuntukkan untuk sesuatu aktiviti tidak perlu terlalu lama. Sebaiknya diselangkan dengan masa rehat untuk mengelakkan mereka hilang tumpuan.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Guru boleh mewujudkan suasana yang berbeza dengan menggunakan aplikasi media pembelajaran dalam talian yang boleh digunakan dengan mudah (Padlet, Google Sites, Whiteboard.Chat, Google Jamboard, Wizer.me, Blend Space) selain daripada kepelbagaian aplikasi bagi pembinaan slaid yang menarik bagi tujuan pengajaran (Canva, Emaze, Slidesgo, Slide Mania, Prezi, Powtoon, Google Slides).

Selain itu, guru juga boleh menggunakan aktiviti atau permainan dalam talian (Kahoot, Quizlet, Quizziz, Mentimeter, Edpuzzle, Word Wall, Plickers).

3) Penerangan tentang kepentingan maklumat yang disampaikan

Ada kemungkinan kanak-kanak tidak minat dengan apa yang mereka lihat kerana mereka tidak mengetahui akan kepentingan atau kegunaan maklumat tersebut.

Hakikatnya, mereka mungkin telah terbiasa dengan rutin belajar yang berlaku secara dalam talian seperti melalui rutin-rutin yang lain.

Guru yang baik adalah guru yang mampu menjelaskan kepada anak-anak didiknya tentang aspek praktikaliti agar kanak-kanak dapat mengaplikasikan apa yang telah mereka pelajari.

Contohnya, jika kanak-kanak mengetahui dengan jelas kepentingan pengambilan makanan yang berkhasiat adalah penting untuk mengekalkan tahap kesihatan serta bertindak sebagai langkah mempertahankan sistem imunisasi badan pasti mereka lebih berminat dan bersemangat untuk mengetahui ilmu tersebut.

Oleh itu, keadaaan di mana mereka seakan ‘terpaksa’ belajar kerana disuruh oleh ibu bapa tidak akan berlaku.

Gambar hiasan daripada Pexels.

4) Guna strategi dengan melibatkan pengalaman sebenar

Guru juga boleh menerangkan isi pengajaran yang disampaikan kepada kanak-kanak dengan menghubung kaitkan maklumat dengan pengalaman sebenar.

Pendedahan ini akan lebih membantu si cilik untuk memahami berbanding dengan mereka yang hanya didedahkan dengan pembelajaran secara teoritikal sahaja.

Strategi ini boleh diaplikasikan terutamanya untuk generasi kini yang membesar dalam era semuanya di hujung jari.

Baca juga Stres dalam kalangan guru dan pelajar. Ini cara yang perlu anda lakukan daripada terus tertekan!

Baca juga Dendangan lagu Sejahtera Malaysia, satukan murid pelbagai kaum dan negeri

Sebagai contoh, pembelajaran mengenai pemakanan. Sekiranya guru boleh meminta kanak-kanak menyediakan piramid makanan berdasarkan apa yang ada di dapur rumah masing-masing pastinya akan lebih mudah difahami, diingati dan berkesan berbanding jika guru hanya menyampaikan secara lisan.

Suasana pembelajaran menjadi lebih menarik jika guru berkongsi tentang pemakanan sambil mendidik setiap aras piramid makanan secara hands-on.

5) Mengekalkan pengetahuan atau kemahiran yang diajar

Repetition is the mother of skill. Bagi tujuan pengekalan, guru boleh mengulang isi pengajaran dengan kaedah yang berbeza.

Hal ini dapat membantu kanak-kanak untuk memahami sesuatu topik dengan efektif. Antara strategi yang boleh digunakan adalah dengan mengulangi isi pengajaran secara lisan kemudian diulangi lagi dengan menggunakan medium seperti aktiviti, kuiz, permainan atau peta minda yang menarik.

Selain itu, proses recap juga boleh berlaku dengan membuat refleksi dengan memanggil nama kanak-kanak untuk membuat rumusan isi pembelajaran ketika kelas berlaku secara dalam talian.

Gambar hiasan daripada Pexels.

6) Memberikan dorongan kepada kanak-kanak

Jika pembelajaran disertai dengan dorongan dan ganjaran yang mampu menarik minat mereka, hal ini pastinya mengujakan.

Dorongan adalah seperti pujian atau memberikan reward yang dapat membuatkan kanak-kanak berasa gembira. Hal ini juga dapat merangsang mereka untuk terus bersemangat dalam belajar.

Reward chart boleh digunakan sebagai dorongan selain puji-pujian. Tujuan dorongan adalah sebagai strategi bagi memberikan semangat dan dilaksanakan mengikut kesesuaian suasana.

Maklumat Penulis

Dr Intan Farahana Abdul Rani merupakan Pensyarah Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan