Baru-baru ini, Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengumumkan tarikh baharu bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA) Tahun 2021.
Dalam pengumuman tersebut, peperiksaan SPM akan bermula pada Rabu 2 Mac 2022 dengan subjek pertamanya Bahasa Melayu Kertas 1, Pendidikan Seni Visual- Teori Seni Kertas 1 dan Bahasa Melayu Kertas 2.
Seorang guru yang dikenali sebagai Farah Hayana Idris menerusi laman sosial Facebook, menitipkan sedikit nasihat untuk calon-calon SPM yang akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi.
Tidak lupa juga, Cikgu Farah Hayana berkongsi tip doa untuk ibu bapa amalkan sepanjang anak-anak menjawab soalan.
Ikuti apa kata cikgu ini, seperti yang dikongsi oleh GPSBestari.
*****
SPM 2021 akhirnya bermula 2 Mac 2022
Selamat maju jaya cikgu ucapkan kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi.
Cikgu doakan semua calon diberikan kesihatan yang baik serta dipermudahkan untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan. Semoga anda semua memperoleh kejayaan dan cemerlang dalam kehidupan.
Kepada semua calon, jagalah kesihatan dan jawablah soalan dengan tenang. Kepada guru dan ibu bapa, semoga didikan dan doa anda semua mengiringi kejayaan pelajar-pelajar kita. Insya-ALLAH.
Baca juga "Mereka wira negara, bukan pengasuh anak kita!”- Guru bantah cadangan pesara tentera jadi warden
[caption id="attachment_30547" width="600"] Gambar hiasan daripada Unsplash.[/caption]
*****
Buat ibu ayah yang anaknya bakal menduduki peperiksaan SPM, bolehlah amalkan doa ini.
Ya ALLAH, permudahkanlah anak-anak kami yang akan menduduki peperiksaan SPM ini.
Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan peperiksaan dan jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.
Ya ALLAH, aku serah seluruh jiwa raga anakku (sebut nama) dan seluruh pelajar yang menduduki peperiksaan SPM ini hanya kepadaMu untuk Kau uruskan sebaik-baiknya sepanjang mereka menjawab peperiksaan ini.
Ya ALLAH, aturkanlah otak dan minda juga jari jemari mereka untuk menjawab peperiksaan SPM ini dengan pimpinanmu Ya Hadi.
Ya ALLAH, kurniakanlah keputusan cemerlang serta kejayaan buat mereka di dunia dan akhirat. Berkatilah guru-guru yang berjuang serta tidak putus asa mendidik dan membimbing mereka.
Aamin Ya Rabbal A’lamiin.
Ubahlah doa ini mengikut peperiksaan yang anak kalian akan duduki.
[caption id="attachment_30546" width="400"] Gambar hiasan daripada Unsplash.[/caption]
Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/
Seterusnya boleh amalkan zikir perkongsian daripada Ustazah Nurhafizah Musa.
Bacalah zikir ini sepanjang anak sedang menduduki peperiksaan ya.
Allahumma 1x
Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid 40x
Bicara hati
Ya ALLAH. Alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anakku agar dia dapat menjawab dengan baik.
Allahumma 1x
Ya Zohir 40x
Ya ALLAH kau nampakkan jawapan yang betul dalam minda anak ku kerana Kau Maha Menampakkan.
Allahumma 1x
Ya Fatah 40x
Ya Allah bukakanlah minda anakku seluas langit dan bumi agar dia nampak segala jawapan yang betul.
Allahumma 1x
Ya Baari' 40x
Ya ALLAH aku serah seluruh jiwa raga anakku hanya kepadaMu untuk Kau uruskan sebaik-baiknya sepanjang peperiksaan ini Ya ALLAH. Kau aturlah otak dan minda juga jari jemarinya untuk menjawab dengan pimpinanMu Ya Hadi.
Aku yakin hanya kuasaMu sahaja Ya ALLAH. Aku tiada daya upaya.
Ulang dan ulang. Sekiranya anak menduduki peperiksaan satu jam, zikirlah. Bayangkan anak kita sedang menjawab dengan betul dan senyum. Pastikan anak kita dalam keadaan berwuduk masa hendak pergi sekolah.
Ibu ayah kena istighfar sepanjang peperiksaan ini juga ya.
Moga perkongsian ini dirahmati ALLAH.