Alumni MSU terima anugerah Asia Outstanding Young Teacher Of The Year

Iklan
New Project (4)-LATEST
Peranan Sylvester Ronny Anak Pulene sebagai pendidik serta usaha dan komitmen beliau dalam pembangunan pendidikan awal kanak-kanak di Sarawak khasnya dan Malaysia amnya telah menyaksikan beliau menerima pengiktirafan Asia Outstanding Young Teacher Of The Year Award 2020/2021 oleh Asia Leadership Awards yang beribu pejabat di Mumbai, India, baru-baru ini.Anak jati Sarawak dari Kanowit ini mendapat pendidikan dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak di peringkat diploma di Kolej MSU (MSUC), Shah Alam, dan seterusnya menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) di Management & Science University (MSU).[caption id="attachment_30678" width="300"] Anak jati Sarawak yang membina nama dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.[/caption]Beliau kemudian meneruskan pengajian di peringkat pasca siswazah, Sarjana Pendidikan di sebuah institusi pengajian tinggi awam di Tanjung Malim, Perak, dan kini sedang mengikuti pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di institusi yang sama. Aspek kepemimpinan Sylvester telah terserlah sejak bergelar pelajar di Kolej MSU Shah Alam, apabila dipilih sebagai Naib Presiden Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi akademik 2011/2012.Selain kejayaan meraih anugerah Asia Outstanding Young Teacher of the Year Award 2020/2021, beliau turut menerima anugerah Early Childhood Education Teacher Icon 2021 oleh World Education dengan kerjasama Asian College of Teachers, Thailand dan Global Rainbow Foundation, Mauritius serta menerima anugerah Outstanding Pre-Primary Teacher Award 2021 oleh Global Education Summit yang diadakan secara maya di London, England, pada Julai lalu.