5 lokasi UiTM Shah Alam dijadikan PPS

Iklan
uitm latest

SHAH ALAM - Lima premis di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa banjir.

Iklan
Iklan

Naib Canselor UiTM, Profesor Dr Roziah Mohd Janor berkata, ia terdiri daripada Kolej Kediaman Perindu, Melati dan Mawar, Pusat Konvensyen & Resort INTEKMA serta Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Iklan

Beliau berkata, PPS itu diuruskan oleh 257 orang anggota Taskforce UiTM antaranya daripada Jabatan Komunikasi, pasukan Bridged Sukarelawan dan Hal Ehwal Pelajar UiTM.

Iklan

Sementara itu, menurut kenyataan itu, UiTM menerima lawatan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad di Pusat Gerakan Bencana Banjir UiTM di Pusat Kokurikulum, Isnin.

Noraini turut meninjau keadaan mangsa yang terjejas akibat banjir yang terdiri daripada pelajar dan staf UiTM serta komuniti setempat. - BERNAMA