Tular isu makanan RMT, Radzi arahkan KPM jalankan siasatan

Iklan
WhatsApp Image 2022-01-20 at 11.30.59 AM

PUTRAJAYA - Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dalam satu kenyataan hari ini telah mengarahkan pihak Kementerian Pendidikan (KPM) supaya menjalankan siasatan, termasuk mengenal pasti sekolah yang terlibat dengan isu makanan RMT yang tular sejak semalam.

Iklan
Iklan

"Malam tadi saya dimaklumkan tentang satu hantaran di Facebook yang tular mengenai gambar nasi putih dan kuah yang didakwa sebagai makanan kepada murid di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Iklan

Baca juga KPM lanjut pengecualian sewaan kantin – Radzi

Iklan

Baca juga Kutipan sewaan kantin di bawah KPM ditangguh, berita baik buat pengusaha

"Saya memandang serius dakwaan tersebut dan telah arahkan supaya siasatan lanjut dibuat, termasuk mengenal pasti sekolah yang terlibat.

"KPM tidak berkompromi dalam hal yang melibatkan kebajikan murid,” jelas beliau dalam satu kenyataan di laman Facebook pagi tadi.

Sebelum ini, tular di media sosial apabila terdapat dakwaan di media sosial pada Rabu tentang makanan RMT.

Hantaran yang dibuat telah menarik perhatian ramai pengguna laman itu dengan 2,500 tanda suka dan hampir 3,000 perkongsian.

Menurut hantaran yang dibuat oleh pengguna laman Facebook yang dikenali sebagai Zurrina Hassan, dia mempersoalkan peruntukan kerajaan menerusi program tersebut.

"Cucu saudara bawa balik dekat mak dia makanan RMT. Sedih betul. Makanan apa yang diberi untuk budak-budak dekat sekolah?

"Adakah peruntukan RMT terlalu sedikit sampai pengusaha kantin beri makanan begini kepada budak-budak?” soalnya dalam satu hantaran di Facebook miliknya pada Rabu.

Tambah wanita itu, sebelum ini pelajar sering mengadu makanan RMT tidak sedap namun diminta supaya bersyukur dengan bantuan yang diterima.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/ 

"Sebelum ini budak-budak mengadu makanan RMT tidak sedap, kita pun beritahu kena bersyukur sebab masih ada makanan. Tetapi, ini makanan untuk siapa? Ayam? Tidak tahu salah siapa dalam hal begini,” katanya.

Zurrina mencadangkan supaya isu ini disiasat atas sebab mengapa diberi makanan seperti ini kepada penerima RMT.

"Hal begini bukan hendak menyalahkan kantin sepenuhnya. Bajet rendah, kementerian harus beri bajet baru supaya tiada pihak tertekan. Pihak kantin gembira, anak-anak makan dengan senang hati,” jelasnya.