1107178
1107178

Kutipan sewaan kantin di bawah KPM ditangguh, berita baik buat pengusaha

Adlan Farhan Azwan
06 Jan 2022 12:57pm
A
A
A

PUTRAJAYA - Penangguhan sewaan kantin di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) akan ditangguh bagi bulan Januari dan Februari 2022.

Menurut dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh KPM, pihak yang terlibat diminta supaya memaklumkan perkara ini kepada semua pentadbir sekolah di bawah jabatan masing-masing.

Penangguhan ini dilaksanakan setelah mempertimbangkan cadangan pelaksanaan inisiatif pelanjutan pengecualian sewaan kantin sekolah untuk tahun 2022.

Sebelum itu, terdapat banyak aduan daripada pengusaha kantin yang menanggung kerugian akibat terkesan dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa jika ingin terus beroperasi.

Semalam, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik memuat naik kenyataan media tentang masalah yang dihadapi oleh pengusaha kantin yang semakin meruncing.

“Sistem penggiliran sekolah menyebabkan kapasiti murid berkurangan sebanyak 50 peratus dan daripada jumlah tersebut, kehadiran hanya mencapai 60 peratus dan tidak semua pelajar membeli makanan di kantin.

“Kos bahan mentah yang semakin meningkat pada ketika ini membebankan lagi kehidupan mereka,” jelasnya dalam satu kenyataan semalam.

Selain itu, Maszlee Malik juga berkata kos Rancangan Makananan Tambahan (RMT) perlu seiring dengan perkembangan harga barangan terkini supaya kanak-kanak memperoleh kualiti nutrisi yang baik.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok