Berkat doa ibu bapa, 130 pelatih Kor SUKSIS UUM tamat latihan cemerlang

Iklan
272163619_7285062094852375_2364971701277928331_n

SINTOK - Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) Universiti Utara Malaysia (UUM) mampu menjadi pemimpin berkaliber pada masa hadapan dengan nilai insaniah yang tinggi.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Kedah, Komisioner Polis Wan Hassan Wan Ahmad berkata, beliau yakin pegawai Kor SUKSIS UUM mampu menjadi insan yang cemerlang dalam pelbagai aspek seperti mempunyai keterampilan diri yang baik, pengetahuan yang tinggi dan mampu menempuh segala cabaran yang mendatang.

Iklan

Menurutnya, pengalaman menjalani latihan sebagai ahli Kor SUKSIS merupakan satu kelebihan untuk menjalani proses saringan dan temuduga Polis Diraja Malaysia (PDRM), selain boleh berbakti melalui aktiviti sukarela dengan menyertai Pasukan Sukarelawan Simpanan PDRM.

Iklan

Baca juga 65 pelatih Kor SUKSIS UKM ditauliah Inspektor Sukarelawan PDRM

Baca juga Dulu Komander Perbarisan, kini Pegawai Kanan Polis. Tahniah Nuraida Shafiza, kami bangga dengan anda!

Katanya, Kor SUKSIS ditubuhkan bertujuan memberi pendidikan dan pendedahan latihan kepolisan kepada pelatih, di samping menjadi salah satu aktiviti kokurikulum yang utama di universiti awam.

"Pelbagai modul diperkenalkan bagi melahirkan pelajar yang berpengalaman dan mempunyai ilmu kepolisian, antaranya ialah modul latihan kawad, modul latihan senjata dan modul program khidmat masyarakat.

"Syabas dan tahniah kepada 130 pelatih Kor SUKSIS UUM yang telah berjaya menamatkan latihan dengan cemerlang dan berjaya mengharungi latihan ditetapkan dengan penuh disiplin serta semangat juang yang tinggi," katanya pada Program Hi-tea Majlis Apresiasi dan Penyampaian Sijil Tamat Latihan Pelatih Kor SUKSIS di Dewan Mu'adzam Shah, semalam.

Wan Hassan berkata, beliau berharap pelajar dapat menceburkan diri dalam dunia kepolisan dan menjadikannya sebagai kerjaya sebagai pilihan utama.

Sementara itu, Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah mengucapkan tahniah dan berbangga dengan semua pelatih yang mampu mengharungi cabaran dalam tempoh 3 tahun yang mana perlu membahagikan masa antara latihan dan pembelajaran.

Menurutnya, bukan mudah untuk mengharungi cabaran itu kerana pelatih perlu menguatkan mental dan fizikal untuk terus kekal berada selama 3 tahun di dalam badan Kor SUKSIS ini.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Katanya, kejayaan yang digapai itu juga adalah dari restu dan doa kedua ibu bapa serta khidmat dan pengorbanan pegawai dan barisan jurulatih Kor SUKSIS UUM yang berjaya melatih dan membentuk pelatih menjadi insan yang berketrampilan dengan ciri-ciri kepolisan yang mantap walaupun sibuk dengan tugasan hakiki sebagai anggota polis yang menjaga keharmonian dan keamanan negara.

"Saya berharap agar pelajar selaku Pegawai Sukarelawan Polis akan menjadi individu yang berjaya dalam kerjaya yang diceburi kelak serta dapat terus membantu pihak berkuasa PDRM dalam mengekalkan keamanan dan keharmonian negara Malaysia yang tercinta ini.

"Anggaplah logo PDRM sentiasa tersemat di hati, kalimah Allah dan Muhammad terus dipertahankan walau apapun yang berlaku. Integriti harus menjadi kekuatan kita, jadilah anggota yang hebat, tidak goyah, sentiasa berdedikasi, kuat, tinggi integriti dan berani menghadapi apa jua rintangan demi mempertahankan agenda kelangsungan agama, bangsa dan negara,” katanya.

Selain itu, beliau optimis PDRM dapat melihat betapa besarnya potensi dalam melahirkan anggota polis pada masa akan datang menerusi jalinan kerjasama erat antara PDRM dan UUM yang mampu mengekalkan anggota berketrampilan, di samping UUM mempunyai program akademik lain yang melahirkan graduan berkaliber.