5 sikap menjadikan anda seorang pemain badminton yang hebat

Iklan
muktasim-azlan-rjWfNR_AC5g-unsplash

Badminton merupakan sukan kedua popular tanah air selepas bola sepak yang turut dikenali dan dimainkan seluruh dunia.

Iklan
Iklan

Mempunyai pengikut dan peminatnya yang tersendiri, sukan badminton antara sukan yang sering dipilih pelbagai lapisan masyarakat untuk beriadah.

Iklan

Menampilkan corak permainan yang mudah dan hanya memerlukan peralatan seperti raket dan bulu tangkis, sukan badminton bagaimanapun tidaklah semudah yang disangkakan.

Iklan

Perlukan stamina yang tinggi untuk sentiasa bergerak selain ketangkasan tangan memukul bulu tangkis, seperti sukan lain badminton juga menuntut pengorbanan masa bagi menjadikan anda sebagai seorang pemain hebat.

Bekas jaguh badminton negara, Roslin Hashim berkata, kejayaan seseorang pemain banyak bergantung kepada kemahuan dan semangat diri sendiri walaupun pelbagai kepakaran serta kemudahan disediakan.

Selain itu beliau turut memberitahu, seorang ahli sukan juga perlu mempunyai keikhlasan dan kejujuran dalam diri kerana ia adalah asas penting dalam menentukan kesempurnaan pekerjaan yang dilakukan berjalan lancar.

Baca juga Ibu bapa sebak bila dua anak naik pentas bersama-sama terima Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama

Baca juga Kanak-kanak 6 tahun jalan kaki ke sekolah, jurugambar kongsi suasana selamat di Jepun

Untuk itu, keluaran minggu ini GPSBestari tampil dengan perkongsian Roslin mengenai sikap yang boleh dijadikan amalan dalam usaha menjadi seorang pemain badminton berbakat.

1) Sentiasa positif

Apabila menyertai mana-mana pertandingan, anda perlulah sentiasa bermain habis-habisan. Jangan terlalu memikirkan sasaran seperti ingin memenangi setiap pertandingan yang disertai. Menang atau kalah tidak menjadi persoalan kerana ia adalah adat pertandingan. Yang pasti, sebagai seorang pemain, anda perlulah bermain bersungguh-sungguh.

2) Bersemangat

Sesiapa sahaja yang bekerja keras dalam latihan serta rajin mengkaji teknik permainan pemain senior serta pemain terkenal, tidak mustahil sebagai pemain muda anda boleh berada dalam senarai mewakili negara. Dalam setiap latihan berikan komitmen 100 peratus dan pastinya setiap kejayaan perlu ada pengorbanannya.

3) Disiplin merangkumi pelbagai perkara

Dalam sukan badminton seseorang itu perlu konsisten dalam latihan. Anda perlu menghabiskan masa sekurang-kurangnya lima jam sehari untuk berlatih. Selain berlatih di gelanggang anda juga perlu berlatih di gimnasium dua atau tiga hari seminggu antara dua hingga tiga jam sehari untuk menguatkan otot-otot badan terutama tangan. Selain itu, pemakanan juga perlu dijaga dalam usaha menaikkan tahap kecergasan. Elakkan makan makanan pedas dan juga yang berminyak

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

4) Optimis

Sebagai seseorang yang ingin menempa kejayaan dalam bidang diceburi, anda perlu optimis dengan diri sendiri bukan sekadar mampu mencipta kejayaan tetapi turut melakarkan sejarah. Yakin dan bersungguh-sungguh dengan apa yang dilakukan dan tidak ketinggalan bekerja keras untuk ‘menakluki’ apa yang telah dimulakan.

5) Tidak mudah putus asa

Beri diri anda masa kerana setiap kejayaan tidak datang bergolek. Badminton adalah sukan berkemahiran dan sekiranya pemain mempunyai skil, bakat dan paling penting bekerja keras tiada apa yang mampu menghalang kejayaan anda satu hari nanti.