7 strategi yang wajib calon peperiksaan hadam untuk skor SPM 2021

Iklan
ben-mullins-oXV3bzR7jxI-unsplash
Tinggal beberapa minggu sahaja lagi calon-calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan menduduki peperiksaan berkenaan.Mengikut portal rasmi Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan (KPM), peperiksaan SPM akan bermula pada Rabu 2 Mac 2022 dengan subjek pertamanya adalah Kesusasteraan Inggeris, Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 1, Kesusasteraan Cina, Kesusasteraan Tamil dan Geografi Kertas 1/Kertas 2.Manakala pada Khamis 3 Mac pula, calon akan menduduki peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 1, Pendidikan Seni Visual- Teori Seni Kertas 1 dan Bahasa Melayu Kertas 2.Calon-calon bagi peperiksaan tersebut pastinya tidak senang duduk ketika ini. Mungkin mereka terlalu risau hinggakan ada yang tiada selera makan dan sanggup tidak tidur malam semata-mata mengulangkaji pelajaran.Walau apa pun yang sedang dilakukan, GPSBestari menasihatkan supaya semua calon dapat menjaga kesihatan dengan baik agar peperiksaan SPM berjalan lancar kelak.Sebagai membantu pelajar-pelajar ini, kami kongsikan tujuh strategi untuk calon amalkan dan seterusnya memperoleh kecemerlangan.Jom hadam tip di bawah ini!Baca juga Usia muda sudah sambung PhD, Faiq Hazim kongsi dua rahsia yang ramai nak tahu!Baca juga Bomba di Malaysia, sedia membantu dalam pelbagai situasi*****1) Rangka jadual belajar dengan betulJadual belajar sangat penting. Semua elemen perlu ada iaitu masa rehat, masa belajar, masa makan, subjek manakah yang patut diberi keutamaan dan sebagainya.Rancang jadual dengan betul supaya otak anda tidak terlalu letih. Jika anda mengalami keletihan otak, ia tidak akan berfungsi dengan baik. Bila tidak berfungsi dengan baik, semua yang dilakukan adalah sia-sia.2) Persediaan mental untuk masuk ke dewan peperiksaanPada hari pertama peperiksaan, anda akan rasa satu perasaan lain macam. Mengigil, sakit perut, tangan kaki sejuk dan paling teruk otak anda gagal berfungsi dengan baik. Anda juga cuba untuk mengingati semua bab secara ringkas tetapi memori telah dihalang oleh penyakit gelabah. Makanya, anda perlukan persediaan mental sebelum melangkah ke dewan peperiksaan.Nasihat kami, buat persediaan yang rapi. Pastikan anda bawa slip peperiksaan, kad pengenalan diri dan alat tulis yang mencukupi ketika hari peperiksaan nanti. Semua ini penting supaya perkara tersebut tidak mempengaruhi mental calon kelak.3) Ketahui kaedah menjawab soalan dengan betulIni adalah elemen yang paling penting. Tahu jawapan tetapi jawab soalan tidak teratur khususnya soalan adjektif. Memeningkan kepala pemeriksa. Ingat pemeriksa itu manusia bukan robot. Ada ketikanya mereka mengalami gangguan emosi. Sekiranya sewaktu mereka menanda kertas peperiksaan, cara anda menjawab soalan menjadi punca bertambahnya tekanan emosi mereka, maka agak tipis untuk mendapat keputusan yang baik atau kemungkinan gagal terus. Jadi, perlu tahu kaedah menjawab soalan dengan betul.Kaedahnya seperti berikut:
    mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon-calon SPM. Semoga memperoleh keputusan yang cemerlang nanti. Insya-ALLAH.Sumber: Afterschool.my