Untitled design (1)
Untitled design (1)

Usia muda sudah sambung PhD, Faiq Hazim kongsi dua rahsia yang ramai nak tahu!

Roshlawaty Md Raieh
24 Jan 2022 10:40pm
A
A
A

Dapat menyambung pengajian hingga ke luar negara pastinya memberikan kegembiraan buat seseorang pelajar.

Masakan tidak, di sebalik kejayaan tersebut, sudah tentu ada insan-insan yang sentiasa mendoakan mereka agar terus cemerlang sampai bila-bila.

Bagi Faiq Hazim, apa yang dia perolehi selama ini adalah berkat sokongan dan doa ibu bapa, guru, ahli keluarga, rakan-rakan dan semua yang mengenali dirinya.

“Tanpa mereka, saya mungkin tidak akan berada pada tahap ini. Satu perkara yang saya selalu ingat iaitu kenali diri sendiri, kenali cara dan belajar, yang penting, sentiasa mendekatkan diri dengan al-Quran,” katanya.

Sementara itu, Dr. Zulkifli Hussain menerusi akaun Facebooknya ada memuat naik berkenaan kejayaan Faiq Hazim yang kini menyambung pengajian Ijazah Doktor Falsah (PhD) di West Virginia University, USA.

Mari ikuti perjalanan pengajian Faiq Hazim di sana dan apakah amalan yang dia lakukan hingga berjaya sambung PhD dalam usia yang cukup muda.

*****

“Mak ayah saya nampak hafazan al-Quran sebagai a good benchmark (penanda aras yang baik) untuk kami dapat survive (bertahan) apabila dewasa.” Begitulah ayat Faiq Hazim semasa saya hubungi beliau.

Saya diceritakan kisah seorang anak hebat melalui sahabat saya, Ustaz Azizi. Saya sangat tertarik dengan prinsip ibu bapa kepada Faiq Hazim ini.

Saya pun ambil kesempatan untuk dengar rahsia kejayaan pelajar yang diceritakan oleh sahabat saya tadi dengan menghubungi Faiq Hazim.

Kata Faiq, “Mak ayah saya dua-dua ambik ijazah di England selama lima tahun. Daripada pengalaman mereka di sana, mak saya decided (memutuskan) untuk incorporate (menggabungkan) dua perkara pada saya dan adik-adik iaitu;

1) Agama diajar dari kecik, jadi kami dapat asas yang kukuh.

2) English as a first language sebab dia recognize (mengenali) English akan jadi sangat penting untuk komunikasi bila kami membesar.

Pada saya part (bahagian) ini sangat mahal. Sebagai ibu bapa bukan senang untuk seimbangkan kedua-dua perkara ini.

Siapakah Faiq Hazim ini?

Faiq Hazim merupakan bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Putra, Besut, Terengganu (2010-2014).

Mendapat tawaran menyambung pengajian di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Ledang di bawah Mara American Degree Preparatory Programme 2015. Kemudiannya, dia melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di West Virginia University (2016-2019) dalam bidang Kejuruteraan Petroleum.

Seterusnya, pihak universiti menawarkan penajaan untuk menyambung pengajian ke peringkat Master dan PhD di lokasi yang sama. Faiq Hazim menamatkan pengajian Master pada 2021 dan sekarang sedang meneruskan pengajian peringkat PhD dalam bidang kejuruteraan petroleum dan natural gas.

Saya tanya lagi; Apa yang menarik tentang sistem MRSM? Faiq Hazim jawab begini;

1) Saya suka the idea of integrating MRSM punya existing system dengan rutin hafazan al-Quran. (Bahagian ini saya sokong! Tak percaya anda boleh bagi anak-anak masuk MRSM).

2) Cikgu-cikgu MRSM sangat berdedikasi terhadap pelajar mereka. Mereka menghabiskan masa di luar waktu semata-mata untuk mengajar dan bantu pelajar-pelajar catch up dengan pembelajaran atau menyuntik minat pelajar dalam bidang kokurikulum.

Saya tanya lagi, apa petua untuk jadi pelajar cemerlang?

“Sentiasa sedar tentang prestasi akademik dan hafazan. Apabila saya rasa perlu tingkatkan, saya akan sesuaikan strategi dengan cara penstrukturan masa atau teknik belajar.

“Saya sentiasa pastikan rasa tidak selesa dengan prestasi yang sedia ada dan cuba perbaiki. Penting juga untuk recognize apabila penat sangat dan perlu ambil rehat sekejap.

Akhir sekali, Faiq Hazim menitipkan sedikit nasihat kepada adik-adik di MRSM.

“Saya nak ucap terima kasih kepada ahli keluarga atas motivasi sepanjang saya berada di MRSM dan West Virginia University. Terima kasih juga kepada warga pendidik MRSM Kota Putra sepanjang 2010-2014 yang banyak memberi inspirasi kepada saya.

“Untuk junior-junior pula, no matter what it is that you want to do, set a target for yourself, so you know that you made it. Your life and passions may and will change, but understand that change is natural and adapting to those changes is a good skillset that may people underrate.”

Tahniah Faiq Hazim, keluarga dan warga MRSM Kota Putra atas kejayaan yang dikecapi.

Kami doakan Faiq Hazim terus mencipta kecemerlangan dunia dan akhirat.

Sumber: Facebook Dr. Zulkifli Hussain

Artikel berkaitan 

Pernah hampir dibuang universiti akibat gagal subjek Kimia, Cikgu Hailmi kini guru cemerlang Sains

“Cikgu, anak saya demam tapi tak cukup duit nak hantar ke klinik”, guru kongsi kisah pengorbanan ibu bapa membesarkan anak

Bomba di Malaysia, sedia membantu dalam pelbagai situasi


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok