Plenitude-TAR UC tandatangan MoU berkaitan pelancongan dan hospitaliti

Iklan
plenitude
KUALA LUMPUR - Plenitude Berhad dan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) sepakat memupuk bakat tempatan dalam industri pelancongan dan hospitaliti menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) baru-baru ini.Pengarah Plenitude, Hashimah Ismail berkata, MoU tersebut akan memfokuskan aktiviti perniagaan hartanah yang mampan pada masa depan.Baca juga TPN dan HELP University (M) latih bakat masa depan untuk industri pelanconganBaca juga Jepun bakal buka sempadan kepada pelancong perniagaan, pelajarMenurutnya, Plenitude berhasrat memajukan masa depan belia Malaysia dengan transformasi asas dalam sistem pendidikan tinggi negara."Ini juga sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 untuk memupuk bakat masa depan dengan kemahiran dan pengetahuan berkaitan industri, demi memacu ke arah negara berpendapatan tinggi."Di bawah MOU, pelajar dari TAR UC boleh mendapatkan pandangan tentang kemahiran berkaitan dengan industri dalam bentuk kuliah, lawatan hotel, bengkel dan pembangunan dalam sukatan pelajaran akademik," katanya.Tambahnya, Plenitude juga membantu mahasiswa dengan menyediakan peluang pekerjaan yang lebih besar di cawangan hotel tempatan dan antarabangsa, hartanah dan lain-lain cabang perniagaan milik syarikat tersebut.Terdahulu, Plenitude menawarkan biasiswa kepada pelajar kurang berkemampuan melalui program"Biasiswa Plenitude".Biasiswa tersebut diberikan dalam bentuk kewangan bagi membantu pelajar terpilih untuk menyara kos sara hidup serta melangsaikan yuran pengajian mereka dengan mudah.Ikuti juga kami di:Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/Twitter: https://twitter.com/GPSBestariYoutube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/Sehingga kini, Plenitude telah menganugerahkan biasiswa kepada dua pelajar TAR UC yang sedang menjalani program ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hospitaliti (Kepujian).