jezael-melgoza-alY6_OpdwRQ-unsplash (1)
jezael-melgoza-alY6_OpdwRQ-unsplash (1)

Jepun bakal buka sempadan kepada pelancong perniagaan, pelajar

webadmin
08 Nov 2021 11:19am
A
A
A

TOKYO- Jepun bakal membuka semula sempadannya untuk pelancong perniagaan dan pelajar luar negara bermula Isnin, lapor Jiji Press.

Pelajar dan pelancong perniagaan boleh memasuki Jepun dengan syarat organisasi yang menjadi tuan rumah, seperti syarikat dan universiti perlu menguruskan kemasukan mereka.

Pengembara perniagaan jangka pendek yang merancang untuk tinggal sehingga tiga bulan hanya perlu menjalani kuarantin selama tiga hari dengan syarat mereka sudah menerima suntikan vaksin COVID-19. .

Sejak Januari, kerajaan telah mengehadkan kemasukan warga asing.

Komuniti perniagaan meminta kerajaan melonggarkan sekatan berikutan peningkatan liputan kadar vaksinasi dan situasi jangkitan dalam dan luar negara yang mula menunjukkan trend penurunan.

Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet Seiji Kihara pada sidang media berkata kerajaan akan menyemak semula keberkesanan langkah pengurusan aktiviti warga asing dalam tahun ini, sebelum mempertimbangkan membuka semula sempadan kepada pelancong.

"Tetapi kita akan mengambil langkah sewajarnya jika keadaan bertambah buruk disebabkan penularan varian baharu atau sebab lain termasuk kemungkinan mengetatkan lagi sekatan jika perlu,” kata Kihara.

Pengembara perniagaan jangka pendek yang sudah divaksin akan dibenarkan keluar jika keputusan ujian saringan yang dibuat pada hari ketiga adalah negatif selain jadual aktiviti mereka mendapat kelulusan kerajaan.

Selain itu, pengembara perniagaan jangka panjang, pelajar dan pelatih teknikal akan dibenarkan memasuki Jepun dengan syarat mereka perlu menjalani kuarantin selama 14 hari.

Tempoh tersebut akan dipendekkan kepada 10 hari jika menerima suntikan vaksin ditetapkan kerajaan, iaitu Pfizer Inc., Moderna Inc. dan AstraZeneca PLC tidak termasuk vaksin dari China.

Buat masa ini Jepun juga akan mengekalkan had kemasukan harian warga asing seramai 3,500. - BERNAMA

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan