Menulis lebih baik daripada menaip, pelajar perlu tahu 6 kebaikannya

Iklan
tim-gouw-1K9T5YiZ2WU-unsplash
Pada masa kini, teknologi berkembang pesat mempengaruhi kehidupan manusia termasuklah dalam bidang pendidikan.Di universiti, tugasan berbentuk karangan juga mula ditaip pada komputer. Kemudian, pelajar hanya perlu mencetaknya sebelum dihantar kepada pensyarah.Ada juga sebahagian sekolah membenarkan para pelajar untuk membawa peranti canggih tersebut ke dalam kelas bagi menggantikan buku tulis.Oleh itu, timbul persoalan mengenai relevankah lagi tulisan tangan dalam bidang pendidikan kerana sebahagian pendapat percaya bahawa tulisan tersebut akan digantikan sepenuhnya dengan kaedah digital dalam masa terdekat.Namun begitu, tulisan tangan tetap membawa banyak manfaat kepada pensyarah dan pelajar.Menurut pakar dari Pro-Papers, menulis menggunakan instrumen pen dan kertas menjadi cara utama pembelajaran yang berkesan.Berikut pendedahan mengenai faedah tulisan tangan kepada pelajar.1. Meningkatkan mutu pembelajaranMenurut kajian, penyelidik telah menyimpulkan bahawa pelajar yang menyiapkan tugasan dengan menggunakan tulisan tangan mempunyai mutu akademik yang lebih baik berbanding rakan mereka yang mahir teknologi.Ini kerana, penggunaan komputer di rumah akan membuatkan mereka mudah.Contohnya, iklan, permainan video dan pemberitahuan daripada platform media sosial seperti WhatsApp menghalang pelajar daripada fokus pada bahan kursus.2. Meningkatkan memoriDaya ingatan pelajar yang kerap menggunakan tulisan tangan kebiasaannya lebih kuat berbanding mereka yang menaip menggunakan komputer.Rata-rata pelajar mendapat faedah yang sama apabila menulis kerana pen dan kertas merangsang penyerapan maklumat yang lebih mendalam. Jadi, pelajar menjadi lebih faham dengan ilmu tersebut.Kebaikan ini tidak diperoleh jika pelajar menggunakan khidmat komputer kerana banyak operasi canggih cuma memerlukan usaha pengguna yang minima.Selain itu, dengan menulis menggunakan kaedah konvensional pelajar akan lebih teliti dengan bahan kuliah yang memerlukan mereka untuk memilih nota secara selektif.Hasilnya, kemahiran tersebut melatih otak mereka untuk menghafal fakta-fata penting sahaja dalam ingatan mereka.3. Menulis lebih emosionalDengan mengasah kemahiran tulisan tangan yang baik bukan sahaja boleh menghasilkan seni tulisan yang cantik, malah, boleh mempengaruhi emosi seseorang yang membacanya.Contoh, pensyarah cenderung untuk menyemak kertas jawapan pelajar yang mempunyai tulisan pelajar yang kemas.Secara tidak langsung pensyarah akan mendapat emosi positif kerana penulisan yang kemas tersebut lebih senang dibaca.[caption id="attachment_34570" width="1000"] Pensyarah suka menyemak kerja pelajar yang bertulisan kemas. Kredit foto: Unsplash[/caption]Tambahan lagi, memang benar bahawa watak seseorang boleh digambarkan hanya dengan melihat gaya tulisan tangan mereka seperti serong, saiz huruf dan jarak baris.Perkara ini tidak dapat dilihat jika ditaip dengan dokumen Word kerana perisian tersebut terhad sehingga menyukarkan pensyarah untuk memahami apa yang ada dalam fikiran pelajar.4. Berguna untuk pesakit Disleksia dan ADHDDisleksia merupakan kecacatan otak yang menghalang hubungan antara pusat bahasa dan pendengaran.Manakala, ADHD pula adalah masalah sindrom kurang daya tumpuan dan hiperaktif.Kaedah tulisan tangan membantu pelajar yang menghidap kedua-dua ketidakupayaan tersebut untuk berkomunikasi dengan berkesan.Ini kerana, apabila mereka menggunakan pen dan kertas secara tidak langsung kedua-dua pusat tersebut berfungsi bersama.Bagi pelajar yang menghidap ADHD pula mereka lebih fokus dengan pengambilan nota secara tradisional.Menurut kajian, statistik menunjukkan bahawa 20 peratus pelajar yang mengalami masalah pembelajaran adalah golongan yang lebih muda.5. Melegakan sarafMenulis boleh membantu pelajar melegakan saraf otak dan memudahkan mereka untuk tidur setelah penat belajar di universiti.Justeru, menulis diari dalam buku sebelum tidur menjadi tabiat yang baik buat mereka.Aktiviti tersebut menenangkan saraf dan membuatkan hidup pelajar menjadi lebih teratur di mana kebaikan tersebut tidak dapat diperoleh dengan menaip nota dalam peranti pintar.6. Terapi bagi penyakit kemurunganTekanan daripada pensyarah dan tugasan kuliah yang diberikan sememangnya memberi kesan kepada mental pelajar.[caption id="attachment_34571" width="1000"] Menyiapkan tugasan dengan tulisan tangan kurang tekanan. Kredit foto: Unsplash[/caption]Tulisan tangan boleh menjadi terapi penyembuh bagi tekanan yang boleh menyebabkan penyakit kemurungan.Menurut pakar psikologi, menulis masalah dalam sehelai kertas dengan membayangkan emosi negatif serta melepaskannya dalam tulisan tersebut boleh menenangkan fikiran pelajar.Kemurungan boleh menjadi isu besar apabila tidak dapat dikawal jadi dengan menghasilkan tulisan beremosi sebegitu, masalah akan menjadi kecil dan boleh diselesaikan.Rumusannya, Sinar Bestari berharap para pelajar dapat mengekalkan tulisan tangan dalam kebanyakan kerja kursus di universiti pada masa sama tidak mengabaikan fasiliti canggih seperti makmal komputer yang disediakan di fakulti.Sumber: Trending UsArtikel berkaitan 5 perkara penting yang cikgu perlu tahu sebelum menulis blogMeningkatkan kemahiran menulis bahasa Inggeris pelajar Tingkatan Lima, Guru Cemerlang kongsi teknik sebenar!Murid masih sukar untuk menulis? Pakar pendidikan khas kongsi 5 persediaan bagi mengajar kemahiran tulisan tangan

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok