Calon Fakulti Sains dan Matematik kuasai kerusi umum pemilihan MPP UPSI 2021/2022

Iklan
Untitldddd

Pemilihan barisan kepemimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyaksikan kerusi umum didominasi calon dari Fakulti Sains dan Matematik (FSM).

Iklan
Iklan

Proses pemilihan yang diadakan secara dalam talian itu membabitkan 28 kerusi yang dipertandingkan untuk calon-calon yang berketrampilan bagi mewakili lebih 20,000 mahasiswa universiti pendidikan ulung negara itu.

Iklan

Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, calon yang berjaya akan menunaikan tanggungjawab sebagai suara kepada semua mahasiswa dalam membela kebajikan mereka.

Iklan

"Saya mengalu-alukan idea dan pandangan daripada barisan kepemimpinan MPP demi melonjakkan nama dan memajukan UPSI di persada pendidikan negara dan antarabangsa,” katanya ketika membuka kata laluan untuk memulakan proses undian dalam talian di Panggung Percubaan baru-baru ini.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Madya Dr Norkhalid Salimin berkata, pemilihan terpaksa diadakan secara dalam talian kerana tidak semua pelajar berada di kampus berikutan pandemik Covid-19.

"Seramai 42 calon bertanding kali ini yang membabitkan 10 calon merebut kerusi umum, 28 kerusi fakulti dan empat calon merebut kerusi etnik,” katanya selepas mengumumkan keputusan di Panggung Percubaan, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City.

Baca juga

Debaran peperiksaan…5 persediaan ini mampu bantu pelajar skor cemerlang dalam semua subjek

7 watak penting di klinik pergigian kerajaan. Guru dan pelajar wajib kenali mereka!

Katanya lagi, walaupun di kampus kini terdapat kira-kira 2,000 pelajar, namun pemilihan diadakan secara dalam talian sepenuhnya mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti yang diarahkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

[caption id="attachment_34900" width="600"] Dr Norkhalid (kiri) meluangkan masa bertemu dengan calon-calon MPP UPSI 2021/2022 yang bertanding.[/caption]

"Berikutan itu, undian bersemuka tidak dapat dilaksanakan untuk menggantikan barisan MPP dengan barisan kepemimpinan baharu bagi menggerakkan aktiviti.

"Kita bimbang berlaku penularan dan memilih undian dijalankan secara dalam talian selepas semua kempen menerusi media sosial berakhir,” katanya dengan menambah sebelum pandemik Covid-19, pusat pengundian bersemuka diadakan di kedua-dua kampus iaitu Kampus Sultan Abdul Jalil Shah dan Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan semua calon agar memimpin MPP dengan baik dan berusaha memperjuangkan aspek kebajikan pelajar.

"Universiti berbangga dengan kesediaan calon untuk bertanding demi menyumbang tenaga buat universiti dan pelajar walaupun terpaksa berkorban masa pada cuti semester,” ujarnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

INFO

Senarai yang menang

Kerusi umum

1) Mohd Izzat Shamsudin, Fakulti Sains dan Matematik – 8,870 undi

2) Nor Ain Syazwani Suzilan, Fakulti Sains dan Matematik – 8,640 undi

3) Amir Izwan Mat Hussain, Fakulti Bahasa dan Komunikasi – 8,138

4) Muhammad Sobirin Jailani, Fakulti Sains Kemanusiaan – 7,073 undi

5) Nur Atikah Mohd Sabri, FSM – 6,534 undi

Kerusi fakulti

1) Mohamad Ikhwan Ramli dan Aina Afifah Yusli - Fakulti Teknikal dan Vokasional

2) Muhammad Amirul Ariffin Mohd Azmi dan Sasya Azmina Mohammad Adip - Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif

3) Muhammad Fakrurrazzi Khairur Rijal Dan Nurul Adawiyah Mustaffa - Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan

4) Nurul Zharif Amani Azuki Dan Hasyyati Mohd Yahaya - Fakulti Sains dan Matematik

5) Ahmad Hakimi Mohd Nor dan Nik Ahmad Nuri Nik Ismail - Fakulti Sains Kemanusiaan

6) Muhammad Syahrul Che Abdullah dan Nurul Aimuni Noor Aziam - Fakulti Pengurusan Ekonomi

7) Muhammad Zul Fikri Sallehuddin dan Ct Nur Farhana Basrah - Fakulti Pembangunan Manusia

8) Sayd Muhammad Afnan Afiq Sayd Mohamad Zamri dan Cheow Chee Foong - Fakulti Muzik dan Seni Persembahan

9) Muhammad Haikal Ezaham dan Nurul Edryana Syafina - Fakulti Bahasa dan Komunikasi

Kerusi etnik

1) Joshua Joel A/L Selvanayagam (etnik India)

2) Sim Pei - Qi (etnik Cina)

3) Foofieado Juanbin Morgan (etnik Sabah)