"Saya masih terkejut dengan tawaran melanjutkan pengajian ke University of Oxford, United Kingdom dan Cornell University, New York, Amerika Syarikat dan setakat ini, saya belum memilih mana-mana universiti lagi. Mohon doakan agar saya dapat membuat keputusan yang terbaik demi masa depan,” kata bekas pelajar Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Negeri Sembilan, Adriana Karim.
Adriana yang mendapat keputusan 9A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini berkata, dua universiti berkenaan merupakan institusi terkemuka dunia yang sangat hebat dalam menawarkan pendidikan kepada pelajarnya.
"Saya berterima kasih kepada University of Oxford dan Cornell University kerana memberi peluang untuk belajar di sana.
"Insya-ALLAH, jika sudah ada keputusannya, saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk pengajian A-Level,” ujarnya menerusi hantaran di Twitter.
Berkongsi mengenai jurusan yang bakal diambil jika memilih salah satu universiti berkenaan, anak kelahiran Sarawak ini menjelaskan, sekiranya memilih menyambung pengajian di University of Oxford, dia akan mengikuti Sarjana Bersepadu Ijazah (jurusan Sains Bumi) selama empat tahun.
"Manakala di Cornell University pula, saya akan mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Sastera (jurusan Sains Bumi dan Atmosfera) atau Sarjana Muda Sains dengan Kepekatan Geologi selama empat tahun juga,” ujar penerima Biasiswa Program Pertukaran Pelajar Yayasan Sarawak.
Melihatkan kepada tawaran yang diberikan dua universiti terkemuka dunia itu, Sinar Bestari yakin Adriana sangat meminati jurusan Sains Bumi.
Telahan Sinar Bestari tepat dan memang benar gadis cantik ini menyukai jurusan itu semenjak kecil lagi.
"Di peringkat sekolah, saya pernah menyertai acara Sains Bumi secara maya anjuran Imperial College London. Dari situ, saya berpeluang memeriksa imej sebenar planet Marikh bersama rakan sepasukan melalui Mars Rover Op.
"Selepas itu secara perlahan-lahan, saya mula jatuh cinta dengan Sains Bumi. Kemudian, minat semakin membuak-buak apabila membaca buku A Brief History of Earth by Andrew Knoll yang berkisar tentang bidang tersebut,” jelas pelajar cemerlang ini lagi.
Dalam pada itu, Adriana turut menitipkan sedikit pesanan kepada golongan muda agar tidak mudah berputus asa dalam mencapai impian dan sentiasa mempunyai masa untuk berehat walaupun dalam kesungguhan belajar.
"Akan ada banyak cabaran yang tidak berkesudahan sewaktu belajar. Semua ini adalah sebahagian daripada perkembangan dan ia tidak semestinya menjadi satu perjalanan yang indah.
"Satu tip yang saya boleh kongsikan adalah sentiasa berikan ganjaran apabila berjaya menyiapkan sesuatu tugasan. Macam saya, saya akan menghargai diri selepas seharian belajar dengan menonton cerita di Netflix terutamanya pada malam Sabtu,” tuturnya.
Akhir sekali, kami di Sinar Bestari mendoakan agar Adriana akan terus berjaya dalam pengajian dan memperoleh kerjaya hebat kelak, insya-ALLAH.