Profesion Seni Tari

Iklan

Anak kelahiran Batu Pahat, Johor yang aktif dalam seni tari pernah terpilih sebagai penari bersama produksi antarabangsa, Shobana Jeyasingh Dance Company (SJDC) di London, United Kingdom pada 2013. Pengalaman selama satu bulan itu menjadi antara momen manis dalam kehidupan Pensyarah Fakulti Tari, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Mohd Yunus Aliallah @ Ismail.