Bukan sekadar merakam gambar atau menghasilkan video, tetapi asas kewartawanan membuka ruang kepada murid untuk mengenali dunia penyiaran, mengasah kemahiran berkomunikasi dan membina keyakinan diri di hadapan kamera.
Menyedari kepentingan kemahiran tersebut, hampir 40 murid bersama lima guru pengiring dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Temu, Melaka tiba di Karangkraf bagi mengikuti program pembangunan dan asas kewartawanan TV PSS.
Peserta turut didedahkan dengan asas videografi, penggunaan kamera, teknik merakam video dan proses kerja produksi.
Menariknya, program ini menjadi titik permulaan bagi mereka meneroka dunia kewartawanan secara lebih dekat.
Iklan
Jom, bersama-sama Sinar Bestari meneroka apa yang dipelajari mereka!