2 pelajar warga emas duduki peperiksaan, ingin gapai impian jadi peguam

Iklan
M. Krishnan menduduki peperiksaan subjek Pengantar Teknologi Maklumat di UniSZA, Kuala Nerus, Terengganu baru-baru ini.

"Kali terakhir saya menduduki peperiksaan adalah 37 tahun lalu.” Demikian kata R.Ramesh, 56, yang merupakan salah seorang daripada dua pelajar warga emas Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) selepas menduduki peperiksaan akhir semester baru-baru ini.

Menurut Ramesh, peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 1986 merupakan peperiksaan terakhirnya.

Iklan
Iklan

"Biarpun, terasa sedikit tekanan kerana sudah lama tidak menduduki peperiksaan tetapi saya tetap menjawab dengan tenang untuk memastikan tiada kesilapan.

"Sepanjang semester pertama ini, perjalanan saya sebagai mahasiswa sangat memuaskan apatah lagi mendapat sokongan dan kerjasama padu daripada pensyarah-pensyarah dan rakan sekelas,” kata bapa kepada tiga orang cahaya mata itu.

Kali terakhir Ramesh menduduki peperiksaan adalah peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 1986.

Iklan

Ramesh menduduki peperiksaan subjek Pengantar Teknologi Maklumat bersama sahabat baiknya, M. Krishnan, 77 tahun.

Mereka mendaftar sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Undang-undang di UniSZA, Kuala Nerus, Terengganu pada Oktober tahun lalu.

Iklan

Sementara itu, Krishan menjelaskan, pembahagian masa agak sukar antara kerjaya dan keluarga tetapi tetap berusaha mencapai kejayaan serta memenuhi impian menjadi seorang peguam.

"Saya menguruskan masa dengan baik antara keluarga, kerja dan kelas sepanjang mengikuti pengajian ini.

"Saya juga meletakkan sasaran lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan akhir ini,” tuturnya.