Nor Azlina rangkul johan qariah Tilawah al-Quran

Iklan
Nor Azlina merangkul johan qariah Tilawah al-Quran Peringkat Daerah Kuala Nerus, Terengganu.

Dinobatkan johan qariah Tilawah al-Quran Peringkat Daerah Kuala Nerus, Terengganu, Nor Azlina Ibrahim berjaya membuktikan masalah kesihatan bukan penghalang.

Iklan
Iklan

Mahasiswa tahun ketiga, Ijazah Sarjana Muda (ISM) Pengajian Islam (Dakwah), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu membawa pulang wang tunai RM 2,000, piala pusingan dan sijil.

Wanita berusia 23 tahun itu memberitahu, dia berasa tidak sedap badan malah batuk, sakit tekak dan selesema ketika pertandingan tersebut berlangsung.

Iklan

"Saya sama sekali tidak sangka akan meraih kejayaan apatah lagi dalam keadaan demam dan berdepan saingan sengit daripada para peserta lain.

"Begitupun, saya tetap membulatkan hati untuk meneruskan pertandingan dan terkejut apabila diumumkan sebagai johan,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah Tilawah al-Quran Peringkat Daerah Kuala Nerus di masjid Seberang Takir, Kuala Nerus, Terengganu baru-baru ini.

Iklan

Datuk Dr Alias Razak (tiga dari kanan) menyampaikan hadiah kemenangan kepada Nor Azlina (dua dari kanan) pada majlis penyampaian hadiah Tilawah al-Quran Peringkat Daerah Kuala Nerus di masjid Seberang Takir, Kuala Nerus, Terengganu baru-baru ini.

Hadiah disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Terengganu, Datuk Dr Alias Razak.

Nor Azlina yang pernah pernah dinobatkan sebagai johan pada 2019 memberitahu, dia mengambil masa selama dua hari untuk berlatih dengan pengetahuan taranum berdasarkan pengalaman lalu.

Tutur anak tunggal berasal dari Kajang, Selangor, itu dia menyimpan keazaman untuk menyertai pertandingan sehingga peringkat antarabangsa sekali gus dapat mengharumkan nama negara.

Bercerita mengenai hadiah kemenangan, dia memberitahu ia akan dijadikan bekalan untuk menampung perbelanjaan pengajian dan simpanan kecemasan.