KPM arah hentikan budaya mempersenda agama di sekolah

Iklan
Kredit foto: Pexels

Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengarahkan supaya budaya mempersenda agama di sekolah segera dihentikan susulan video yang tular di Facebook baru-baru ini berkaitan guru meminta muridnya menukar agama.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, KPM telah mendapat maklum balas awal Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) berhubung insiden itu.

Iklan
Iklan

Jadikan sekolah sebagai sebuah tempat yang aman. Kredit foto: Pexels


Menurut kenyataan itu lagi, siasatan awal telah dibuat KPM bagi mendapatkan maklumat yang sahih.

Katanya, isu agama tidak boleh dijadikan bahan persendaan kerana itu boleh menggugat keharmonian kaum serta keamanan negara.

Iklan

Ujarnya, mereka mengambil serius isu itu dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan sedemikian.

"Sehubungan itu, siasatan lanjut dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati mempersendakan kaum atau agama.

Iklan

"KPM juga akan beri kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) serkiranya terdapat laporan polis yang dibuat berhubung isu tersebut," ujarnya.

Dalam masa yang sama, KPM menjelaskan mereka tidak akan berkompromi dalam hal-hal yang melibatkan pengurusan sekolah khususnya perkara yang boleh menggugat perpaduan kaum dan agama.