Sekolah daif: KPM akan beri keutamaan kepada sekolah Skala 6 dan 7

Iklan
Fadhlina

Kementerian Pendidikan (KPM) menyambut baik keseriusan kerajaan dalam menangani isu sekolah daif di negara ini.

Ini kerana menerusi tujuh aspirasi KPM, agenda berkaitan pembangunan sekolah daif sememangnya sudah menjadi perhatian mereka.

Iklan
Iklan

KPM dalam satu kenyataan berkata, mereka telah mengenal pasti bangunan-bangunan daif melalui analisis skor gred impak untuk keutamaan pelaksanaan projek ini.

"Berdasarkan kepada skor tersebut, KPM memberikan keutamaan untuk melaksanakan projek penggantian kepada blok bangunan di sekolah yang berada pada Skala 6 dan 7.

Iklan

"Sehingga 31 Januari lalu, sebanyak 830 buah sekolah mempunyai blok bangunan yang berada pada Skala 6 dan 7, memerlukan penggantian atau pembangunan semula,” kata kenyataan tersebut.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memberitahu, kementeriannya sudah mempunyai senarai lengkap termasuk butiran terperinci keseluruhan sekolah daif membabitkan setiap negeri di seluruh negara.

Iklan

"Kita memang sudah ada senarai sekolah daif di setiap negeri malah kita juga mempunyai maklumat secara spesifik sekolah-sekolah daif yang berada pada Skala 6 dan 7.

"Dari segi penempatan dan bagaimana kita mahu menguruskan itu juga semuanya sudah ada,” ujarnya.

Sementara itu, Fadhlina memberitahu, KPM akan memastikan projek pembangunan sekolah daif di seluruh negara akan dilaksanakan secara adil dan saksama termasuk melibatkan Sabah serta Sarawak selain ia dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

"Perkara ini amat penting bagi menjamin keselamatan pelajar di sekolah agar sentiasa berada dalam keadaan selamat dan dapat menerima akses kepada pendidikan yang lebih berkualiti,” ujarnya.