IT TEST Isu pelajar dan alumni topik utama perbincangan TNC dan Rektor HEPA di Langkawi

Iklan
UUM menjadi tuan rumah untuk Mesyuarat Sekretariat Timbalan-Timbalan Naib Canselor/Timbalan Rektor (HEPA) UA kali ke-226 di Langkawi. Kredit foto; Pexels

Dalam hal pentadbiran sesebuah organisasi, mesyuarat merupakan aktiviti penting yang dilakukan bagi mencapai dan mendapatkan sebarang kata putus.

Selain mendapatkan kata sepakat di antara ahli dan pihak yang terlibat dalam sebuah organisasi, sistem mesyuarat menjadikan kerja lebih sistematik dan teratur.

Iklan
Iklan

Dengan bermesyuarat juga sebarang permasalahan yang ada dapat dibentang serta dibincangkan bersama demi mendapatkan cara penyelesaian terbaik untuk semua yang terlibat.

Dalam usaha mencapai kata sepakat, baru-baru ini, Universiti Awam (UA), Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) serta beberapa wakil dari universiti swasta telah memulakan Mesyuarat Sekretariat Timbalan-Timbalan Naib Canselor/Timbalan Rektor (HEPA) UA kali ke-226 di Langkawi.

Iklan

Kali ini, Universiti Utara Malaysia (UUM) menjadi tuan rumah dan menurut Timbalan Naib Canselor HEPA, UUM, Profesor Dr Ahmad Martadha Mohamed, mesyuarat secara berkala itu melibatkan semua universiti di bawah Timbalan Naib Canselor (TNC) dan akan membincangkan isu pelajar dan alumni.

Ujarnya, selain itu, mesyuarat tersebut turut mengulas isu berbangkit dari masa ke semasa termasuk arahan dan peraturan terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) atau kerajaan.

Iklan

"Mesyuarat begini sangat penting kerana ia merupakan platform untuk UA dan beberapa universiti swasta yang terpilih berbincang.

"Hal-hal yang dibincangkan pastinya berkaitan dengan pelaksanaan sesuatu dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk dilaksanakan oleh semua universiti.

"Kali ini, UUM sebagai tuan rumah akan berusaha sebaik mungkin demi memastikan perjalanan mesyuarat ini lancar,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Tambah Ahmad Martadha, selain itu mereka juga membincangkan hal ehwal pelajar yang meliputi kebajikan, perumahan serta keselamatan pelajar.

Katanya, mesyuarat kali ini turut dihadiri wakil dari kementerian yang akan memberi pandangan hala tuju KPT kepada semua universiti.

"Saya juga mengharapkan doa dari semua warga kampus UUM agar mesyuarat ini dapat berjalan seperti mana yang dirancang,” katanya.