Masih tiada perancangan mansuhkan hutang PTPTN

Iklan
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Persidangan Dewan Dewan Rakat baru-baru ini. Kredit foto: Facebook DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN

Kerajaan masih tiada sebarang perancangan untuk memansuhkan hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN) secara bersasar kepada peminjam daripada keluarga berpendapatan rendah.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pelbagai perkara harus diambil kira sebelum sebarang keputusan dilakukan.

Iklan
Iklan

Tambah beliau, cadangan pemansuhan hutang pinjaman kepada peminjam daripada golongan itu melibatkan seramai 1.84 juta orang peminjam dengan jumlah pelupusan hutang sebanyak RM42.34 bilion.

Namun begitu ujar Mohamed Khaled, kerajaan sentiasa prihatin dan memberi perhatian kepada kebajikan peminjam PTPTN melalui kemudahan membayar balik pinjaman.

Iklan

"Sehingga kini, terdapat pelbagai cara dan inisiatif yang dilakukan dalam usaha untuk memudahkan peminjam daripada golongan miskin dan isi rumah B40.

"Antaranya penangguhan bayaran sekiranya belum mendapat kerja atau sedang menyambung pengajian dan penstrukturan serta penjadualan semula bayaran balik pinjaman mengikut kemampuan peminjam.

Iklan

"Selain itu, bayaran balik pinjaman PTPTN hanya bermula selepas 12 bulan peminjam menamatkan pengajian untuk memberi peluang dan ruang kepada peminjam membuat persediaan sewajarnya serta memperoleh pendapatan yang stabil sebelum memulakan bayaran balik,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Dalam masa sama, Mohamed Khaled menjelaskan, peminjam juga akan diberikan diskaun bayaran balik sekiranya mereka melakukan bayaran secara sekaligus dengan jumlah penuh.

Tuturnya, beliau berharap dan menyeru agar soal pinjaman PTPTN tidak menjadi bahan yang dipolitikkan.

"Oleh itu, saya menyeru dan memohon kepada semua ahli dan parti politik dari mana-mana pihak sekalipun agar berhenti mempolitikkan PTPTN,” ujarnya.