Lepasan tahfiz, pondok di Sabah berpeluang lanjut pengajian TVET, peroleh SPM di KKIU - YDP USIA

Iklan
SAPAWI

Pelajar lepasan pusat tahfiz dan pondok di Sabah kini berpeluang melanjutkan pengajian dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui Kolej Kemahiran Islam Usia (KKIU) yang diasaskan oleh Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA).

Kolej itu kini beroperasi secara dalam talian dan dijangka memulakan sesi pengajian secara bersemuka pada tahun ini di Kota Marudu.

Iklan
Iklan

Yang Di-Pertua USIA, Datuk Sapawi Ahmad berkata, penubuhan KKIU adalah salah satu inisiatif pertubuhan untuk membuka peluang kepada pelajar aliran agama yang berminat dalam bidang TVET.

"Kita kini sedang mendapatkan kelulusan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Bagaimanapun, pengajian secara dalam talian telah dijalankan sebagai syarat awal sebelum kelulusan subjek diperoleh," katanya ketika ditemui Sinar Bestari baru-baru ini.

Iklan

Beliau menambah, kerjasama strategik dengan Institut Kemahiran Islam Darul Redzuan (IKDAR) membolehkan KKIU memulakan pengajian dengan lebih terancang.

"Menerusi kerjasama ini, kita telah menerima pengiktirafan lima bintang di peringkat nasional daripada Kementerian Sumber Manusia (KESUMA). Ini membuktikan bahawa kita mempunyai rakan strategik yang tepat untuk melaksanakan program TVET ini," katanya.

Iklan

Katanya lagi, selain TVET, KKIU juga akan menawarkan program SPM Express untuk lepasan tahfiz yang belum ada sijil SPM.

"Ramai lepasan tahfiz kadang-kadang tidak mempunyai sijil SPM. Jadi, selain TVET, kita juga akan menyediakan peluang bagi mereka memperoleh SPM dan sijil-sijil lain yang relevan," jelasnya.