6 strategik, 11 fokus PPM berdepan tahun 2023

Iklan
PPM menggariskan enam strategik dan 11 fokus dalam merencana program-program tahun ini. - Kredit foto FB Persekutuan Pengakap Malaysia.

Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) menyeru semua ahli pengakap seluruh negara menterjemah jati diri penuh semangat dan iltizam yang tinggi dalam mengharungi tahun ini dengan lebih cemerlang.

Pemangku Ketua Pengakap Negara, Mejar Jeneral Profesor Datuk Dr Mohd Zin Bidin berkata, PPM menggariskan enam strategik dan 11 fokus dalam merencana program-program tahun ini.

Iklan
Iklan

"Tahun baharu merupakan masa paling sesuai dalam merencana kehidupan yang lebih cemerlang pada depan.

"Justeru, dalam merealisasikan program-program tahun ini dapat berjalan dengan lancar terdapat beberapa garis panduan dan fokus yang perlu diberi perhatian," katanya.

Iklan

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua ahli pengakap dalam menjayakan program-program pada tahun lalu.

Sebagai tanda penghargaan, beliau menambah, Jawatankuasa Anugerah, Majlis Pengakap Negara telah meluluskan 1,379 Anugerah, Bintang dan Pingat PPM yang disampaikan pada 17 Disember tahun lalu.

Iklan

"Penganugerahan tersebut menjadi simbol penghargaan dan terima kasih PPM khususnya kepada pemimpin-pemimpin pengakap yang sentiasa mencurah bakti kepada bangsa serta negara melalui aktiviti kepengakapan.

"Saya berharap tahun ini, semua ahli pengakap dapat memastikan program-program yang dilaksanakan adalah berlandas kepada enam kunci strategik dan 11 fokus hala tuju PPM," katanya.

Enam kunci strategik PPM

1. Program golongan muda yang menarik, relevan dan mencabar.

2. Golongan dewasa dalam kepengakapan yang berusaha meningkatkan kemahiran, komitmen serta kecekapan.

3. Tadbir urus yang telus, bertanggungjawab, berintegriti dan responsif dalam semua urusan.

4. Komunikasi dan perhubungan efektif untuk mewujudkan imej korporat yang positif dalam kalangan masyarakat.

5. Mengoptimumkan penggunaan sumber dan aset serta meneroka peluang bagi menjana pendapatan.

6. Perkembangan keahlian dengan mengekalkan konsep 'kepelbagaian dan kebersamaan'.

11 fokus hala tuju PPM

1. Pendigitalan dalam pengakap.

2. Pengurusan aset yang bijak.

3. Penjenaman pengakap.

4. Pengurusan sumber pengetahuan.

5. Pemerkasaan pembangunan lestari dan mampan.

6. Pemerkasaan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM).

7. Pelaksanaan kerangka pembangunan dunia.

8. Kepelbagaian lencana

9. Pemerkasaan inovasi

10. Kepengakapan berasaskan komuniti