Inspirasi ramai! Pelajar 10A+ SPM kongsi rahsia kejayaan untuk calon peperiksaan tahun ini

Iklan
Amir Rosyadie memperoleh 10A+ dalam SPM 2014.

"Kejayaan tidak datang bergolek. Kita kena berusaha bersungguh-sungguh barulah dapat hasil yang berbaloi," demikian kata Amir Rosyadie.

Merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru, Klang, Amir Rosyadie yang memperoleh 10A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2014 telah berkongsi sedikit rahsia kejayaannya kepada para pembaca.

Iklan
Iklan

Perkongsian berkaitan tip skor SPM dalam laman Facebooknya baru-baru ini, mungkin boleh dijadikan panduan buat calon peperiksaan akan datang.

Jom ikuti apakah rahsia kejayaan Amir Rosyadie dalam SPM!

Iklan

*****

SPM 10A+

Iklan

Setiap tahun, pasti ramai pelajar SPM yang memasang niat untuk berjaya dalam peperiksaan tersebut, tidak kira yang baru masuk ke Tingkatan Lima atau Tingkatan Empat.

Saya dahulu pun begitu, bermula dari Tingkatan Empat lagi sudah memasang azam untuk menjadi pelajar pertama yang skor straight A+ di sekolah saya, SMK Meru Klang.

Pun begitu, perjalanan itu cukup sukar. Untuk mendapatkan straight A sahaja pun mencabar, apatah lagi dengan A+.

Alhamdulillah, ALLAH berikan kekuatan untuk saya teruskan pembelajaran sehingga mencapai straight A+ pada SPM 2014, iaitu 10A+.

Sejujurnya, saya bukanlah pelajar genius seperti mana yang diperkatakan orang. Bagi yang mengenali saya secara peribadi, saya ini insan biasa-biasa sahaja.

Tetapi saya yakin, dengan azam yang kuat, kita mampu buat apa sahaja melalui pendekatan yang betul dan berkesan.

Saya lihat juga di Google, ramai yang berkongsi tip untuk mendapat skor yang cemerlang dalam SPM.

Nampaknya lebih kurang sama sahaja pendekatannya, iaitu Doa (D), Usaha (U), Ikhtiar (I), Tawakal (T) atau singkatannya D.U.I.T., itu saya setuju.

Saya kongsi juga tip ini kepada yang serius untuk mendapat skor tinggi, straight A / straight A+.

1) Ketika di awal Tingkatan Lima, saya bertanya kepada seorang senior, yang mendapat 10A+ berasal daripada Sekolah Tinggi Klang.

Apa tip dia?

Dia kata buatlah seberapa banyak soalan latihan yang boleh. Sekiranya mampu belilah...

Buku Past Year SPM

Buku Past Year SBP

Buku Past Year MRSM

dan carilah set-set soalan Past Year Trial Negeri-Negeri di seluruh Malaysia. Sekiranya tidak mampu, cuba tanya cikgu atau rakan, pinjam daripada mereka.

Kalau mahu ‘power’ lagi, senior saya itu telah menghabiskan kesemua buku soalan yang ada di kedai-kedai buku. Namakan apa sahaja: Pelangi, Sasbadi, Cerdik, semuanya telah diselesaikannya! Patut pun boleh skor.

Sentiasa disiplinkan diri untuk buat soalan latihan. Tetapkan begini:

Aku mahu buat 10 soalan Matematik setiap hari.

Aku mahu buat satu set soalan Fizik Kertas 1 setiap hari.

Aku mahu habiskan bab 5 Kimia hari ini juga.

Ia bergantung kepada cara study masing-masing kerana cara study untuk setiap orang berbeza. Tapi prinsipnya sama:

‘Buatlah soalan sehingga tiada satu soalan pun yang kita tidak pernah jawab.’

Sehingga, dalam peperiksaan / ujian pun, bila dilihat soalannya, kita tahu cikgu copy & paste soalan tu dari mana! Begitulah dahsyatnya level orang yang mendapat straigh A+ ini.

Buat latihan banyak-banyak. Latihan Teras Keyakinan.

2) Dari segi stamina, ya tak ramai yang mampu untuk belajar lama. Paling-paling pun sejam mulalah main telefon, mengantuk, lapar dan sebagainya.

Sejujurnya dahulu pun saya begitu, tetapi dengan disiplin, bermula dari belajar sejam sehari, saya mampu bertahan lima ke enam jam belajar sehari.

Caranya ikut masing-masing, tetapi apa yang saya buat adalah tetapkan target. Contohnya kena habiskan 10 muka surat ini, baru dapat makan/tidur.

Letak telefon jauh-jauh masa belajar. Time study, study. Kena dapatkan mood belajar, baru kita akan rasa obses dengan buku.

3) Self-learning sangat penting. Kalau kita hanya ikut guru mengajar di kelas, kita tak akan capai target yang tinggi.

Kita perlu ambil inisiatif untuk belajar sendiri. Bagaimana? Banyak cara juga ikut masing-masing.

Teknik saya mudah sahaja:

a) Bila buat latihan, mulakan dengan meniru jawapan belakang. Fahamkan flow/konsep/skema jawapan dahulu. Apabila dah selesa, tak rasa kekok dengan soalan-soalan tu, kemudian baru cabar diri untuk buat latihan sendiri.

b) Sentiasa belajar lebih untuk lebih memahami. Ini selalu digunakan dalam subjek Sains seperti Fizik dan Kimia. Kadang-kala, apabila kita belajar secara surface sahaja, kita susah nak faham. Tetapi apabila kita belajar mendalam, kita akan nampak gambaran keseluruhan untuk sesuatu topik tu.

Jadi gunakan Youtube atau Google untuk ambil masa search pasal topik yang kita sedang belajar tu, insya-ALLAH kita pun jadi makin seronok bila tahu banyak benda lebih daripada orang lain.

4) Dari segi spiritual dan keagamaan, sentiasalah berdoa pada ALLAH, hormat ibu bapa, kukuhkan akhlak kita dengan rakan-rakan dan guru-guru. Elakkan berdendam dengan orang lain kerana ia akan menyebabkan hidup tidak tenang.

Kalau hidup tidak tenang, bagaimana nak belajar dengan tenangkan? Motivati diri melalui doa, solat, baca al-Quran, insya-ALLAH membantu.

5) Motivasikan diri selalu. Bangun pagi tu set minda semula sebelum pergi ke sekolah

Saya nak bejaya, saya nak capai straight A+!

Bayangkan ‘kertas result’ itu, apa result yang anda nampak? Gagal atau cemerlang?

Dengan adanya vision yang jelas dan disiplin yang baik, insya-ALLAH tujuh jam belajar pun tidak ada masalah. Sentiasalah improve diri sendiri. Tanya diri.

‘Adakah saya belajar something yang baru hari ini?’

Kesimpulannya, saya tahu SPM hanyalah peperiksaan biasa bagi yang telah melepasinya. Namun ia adalah moment yang terbaik untuk pelajar Tingkatan Empat dan Lima ini buktikan kepada keluarga yang mereka berjaya membesarkan kita.

Saya tahu ada juga dalam kalangan kita yang tidak ada masa belajar kerana susah dengan bebanan keluarga, masalah peribadi, dan isu-isu kesihatan.

Hadapilah masalah itu dengan baik, kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Sumber: Facebook Amir Rosyadie