KPT salurkan bantuan ubat-ubatan untuk mangsa gempa di Turkiye dan Syria

Iklan
Pakej bantuan ubatan sumbangan KPT menerusi Hospital Pengajar Universiti yang terlibat. Kredit foto: Facebook KPT.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerusi tujuh buah Hospital Pengajar Universiti (HPU) telah membuat sumbangan berbentuk bekalan ubatan kepada mangsa gempa bumi Turkiye dan Syria.

Menurut kenyatan yang dikeluarkan, HPU terlibat ialah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Hospital Universiti Sains Malaysia, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Sultan Ahmad Shah Medical Centre (SASMEC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Hospital Al-Sultan Abdullah Universiti Teknologi Mara, Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM dan Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia.

Iklan
Iklan

KPT menjelaskan, sumbangan ubat-ubatan itu dibuat berdasarkan keperluan ubatan yang dipohon oleh Kerajaan Turkiye melalui Malaysian Medical Relief Society (MERCY) yang terdiri daripada 112 jenis ubat dengan jumlah RM122,223.11.

Katanya lagi, serahan bekalan bantuan tersebut telah disaksikan sendiri oleh Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Pakej bantuan ubatan sumbangan KPT menerusi Hospital Pengajar Universiti yang terlibat. Kredit foto: Facebook KPT.

Iklan

"Ketika sesi penyerahan bantuan MERCY Malaysia juga telah memaklumkan tentang keadaan terkini di lokasi gempa kepada KPT.

"Selain bantuan berbentuk ubatan, KPT juga menggerakkan usaha untuk mengumpul pegawai perubatan daripada HPU supaya turut serta membantu mangsa di Turkiye dan Syria bersama sukarelawan lain.

Iklan

"Seramai 94 orang sukarelawan perubatan serta 232 orang sukarelawan bukan perubatan daripada HPU telah menawarkan diri mereka untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan tersebut,” jelas kenyataan KPT itu lagi.

Selain itu tambah KPT, mereka akan terus berkolaborasi dengan agensi dan pertubuhan lain serta terus meningkatkan usaha dalam memberikan bantuan secukupnya kepada mangsa gempa bumi di sana.

KPT menjelaskan, tindakan tersebut sejajar dengan nilai keenam kerangka negara Madani iaitu nilai ‘Ihsan’ yang membawa maksud mengambil peduli dan belas kasihan.

"KPT akan terus bekerjasama dengan agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain dalam usaha menghulurkan bantuan kepada Turkiye dan Syria.

"KPT mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama dalam membantu menggerakan misi kemanusian ini,” katanya



Bagi pembaca yang berminat untuk memberikan sumbangan melalui Sinar Karangkraf, anda boleh salurkan sumbangan ke akaun Maybank seperti yang tertera dalam poster di atas.